Home » , , , » Servis 80 000 km, RM1123 adoiii

Servis 80 000 km, RM1123 adoiii

Hari aku memang tak kerja. Memang cuti di berikan sebab esok ganti public holiday. Jadi aku pergi servis kereta kat UMW Toyotsu Motor Seksyen 15 Shah Alam. Book pukul 10.00 pagi tapi pukul 9.00 pagi aku dah sampai. Hari ni ialah hari bekerja bagi ramai orangm jadi, takde le ramai sangat orang servis kereta hari nih jika banding dengan hari Sabtu.

Masuk-masuk kat pusat servis tu, terus kekaunter untuk daftar. Aweks tu ambik buku servis tuh, tunggu dalam 10 minit, service advusir panggil untuk daftar dan pergi check kereta. Sebelum service advisor panggil tuh, aku pekena dulu 2 bungkus nasi lemak free kat pusat service toyota nih dengan air milo, layan-layan akhbar jap.

Toyota Vios baru 2013


Sambil-sambil tunggu diorang service, aku usha-usha toyota vios baru jap.... emmm.. boleh tahan. Kalau korang nak tengok gambar, ada kat sini. Tanpa segan silu aku ambik je gambar keta tuh, buat-buat macam biasa jer.

Kereta aku servis tadi, dah siap. Kaunter bayaran, perghhh,,, tukang jaga kaunter, ala-ala pan asia gituh. Untuk servise 80 000 km nih, kena le kos rm1123. Ini service paling mahal untuk kereta aku nih sebab macam-macam minyak di tukar. Aku tak nak ambil risiko service kat bengkel-bengkel lain takut kena tipu dan juga takut spare part takde kualiti. Jadi gores je ler bayaran tuh hoho, nanti baru bayo kad kredit tuh.


Macam-macam tukar, baru selamat skit
Senarai kos
Total kos, pejam mata bayar

Kemudahan Pusat Service UMW Toyotsu Shah Alam



TV, ada
Lepas service guna pass ni untuk keluar dari pusat service
Lepas bayar, dapat le keropok skit free
Tempat main budak-budak
Tempat makan dan minum
Kaunter
Nasi lemak percuma, aku makan 2 bungkus, bolehla
Meja rundingan



Terima kasih kerana membaca Servis 80 000 km, RM1123 adoiii. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



15 Komen:

  1. fuhh..banyak juga tu maa. haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kasi tukar sebelum rosak tgh jalan

      Padam
  2. Betul tu, kalau rosak tengah jalan atau enjin hangkang, lagi payah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagi banyak kos dan buang masa, kalau duit banyak takpe

      Padam
  3. tak pernah lagi kau gi servis sampai bayor tahap ni..hu3

    BalasPadam
  4. Assalam
    Eksklusif nampaknya tu.

    BalasPadam
  5. Jauh bro berjalan sampai dah jejak 80000km tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. keta dah lama bro

      Padam
  6. Banyak juga tu, harap-harap lepas ini tak ada masalah dengan kereta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat nih ok, pegi desaru dr kl, balik kl balik, no prob.. ok la tu kot

      Padam
  7. Banyak tu..biasa lepas servis aku dpt quotation untuk next servis. So dptlah bajet untuk next servis.Simpan sikit2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2, next servis murah je

      Padam
  8. Wahhh siap dapat makanan lagi tu..hehe..emm memang kena pejam mata bayar..haha..tak sanggup tenmgok banyak tu habis..tapi tak apa semata2 untuk keselamatan kita juga..hehe

    BalasPadam
  9. 1. Mak aii, jauhnya beza kecantikan dan kekemasan tmpat servis ni berbanding yg ambe pergi dulu2....bagai langit ngn bumi bro! fuh!

    2. 80,000km punya servis mmg mahal...dah tgk dah...tp belum sampai masanya....nak kena persiapkan duit gamaknya ni...hoho

    3. thanks bro berkongsi...serius cantik tmpat servis ni

    BalasPadam