Home » , » Tangkap Ikan Guna Peti Sejuk Je...

Tangkap Ikan Guna Peti Sejuk Je...

Pada kebiasaannya, nelayan akan menyimpan hasil tangkapan di dalam peti sejuk, namun berlainan pula dengan mangsa Taufan Haiyan di sini.Para nelayan itu mengunakan peti sejuk untuk dijadikan bot bagi tujuan menangkap ikan.Taufan Haiyan yang telah mengorbankan lebih 3,000 orang itu telah menjejaskan punca pendapatan petani dan nelayan yang miskin.Ia sekali gus menyebabkan kumpulan nelayan tersebut berusaha untuk memulihkan taraf kehidu- pan mereka semula.
Sebuah keluarga nelayan yang tinggal di selatan bandar Tacloban dan merupakan antara kawasan yang teruk dilanda taufan sejak 13 hari lalu telah menggunakan peti sejuk yang dijumpai dalam timbunan sampah untuk dijadikan bot.

Peti sejuk pun boleh



Menurut seorang penduduk, Jimmy Obaldo, 52, idea untuk menggunakan peti sejuk itu datang daripada anaknya.

"Anak saya yang ingin mencuba menggunakan peti sejuk untuk pergi menangkap ikan.
"Sejak seminggu lalu, kami berjaya menangkap ikan, udang dan ketam dan dijual di pasar," ujar Obaldo.
Taufan Haiyan melanda wilayah tengah Filipina pada 8 November lalu yang dianggap sebagai salah satu taufan paling kuat di dunia.
Ia menyebabkan banyak kemusnahan di pulau-pulau yang terdapat di tengah Filipina. - Kosmo



Terima kasih kerana membaca Tangkap Ikan Guna Peti Sejuk Je.... Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



9 Komen:

  1. bila keadaan terdesak menjadi kita kreatif...

    BalasPadam
  2. Tak ada rotan akar pun jadi. Begitulah kreatifitas manusia dalam menghadapi situasi dan kondisi di sekitarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mereka nih dah macam saintis

      Padam
  3. kok bisa ya peti sejuk digunakan untuk menangkap ikan? hmmm aneh dech Padahal kan biasanya peti tersebut untuk menyimpan ikan, agar tidak mudah basi/busuk :)

    BalasPadam
  4. nanti naik harga peti sejuk

    BalasPadam
  5. Kreatif mereka ni kan. Kasihan kat mereka. macam-macam ujian yang datang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya lah harap2 lebih tabah la

      Padam
  6. Kesian sungguh kat mereka semua ni kan...emmm

    BalasPadam