Home » , » Big Bad Wolf - sempat juga aku pegi

Big Bad Wolf - sempat juga aku pegi

Big Bad Wolf 2013 ya, ramai yang pergi dekat book sale Big Bad Wolf ni, sama gak cam aku tak nak ketinggalan. Hari kedua akhir aku pegi sana, saja jalan-jalan dan cari bukus skit. Lama tak membaca nanti lupa plak bacaan ni hoho. Kalau yang dah kerja dan belum cukup rm1000 untuk claim income tax dengan beli buku, kat sini agak sesuai untuk korang genapkan ke rm1000 tuh. Rata-rata bonus dah masuk kan. Macam-macam buku ada di Big Bad Wolf book sale 2013 ni. Boleh tambahkan ilmu blogging!


Lokasi Big Bad Wolf 2013


Lokasi di MIECC @The Mines. Bagunan ni bersambung dengan The Mines. Nak parking di The Mines pun boleh, nak park keta di MIECC pun boleh. Aku park kat The Mines sebab nak pegi solat dan makan dulu lah, nanti ronda lama-lama cari buku ilmiah nanti, lapo plak kan.

Lokasi Big Bad Wolf
Big Bad Wolf
Banner Big Bad Wolf

Sebelum pegi tengok dan beli buku kat Big Bad Wolf ni, makan le dulu dekat Carl's The Mines pau org rumah skit, takkan aku je banja kan... hoho.



Buku kanak-kanak banyak kat sini. Rata-rata harga rm3-rm8 le, murah je kalau banding dengan kat luar. Boleh sangat le nak beli baca-baca kanak-kanak. Tapi buku kerja sekolah takde le kat sini.


Ha ah.. ni bahagian aku le nih. Bab-bab buku cam ni aku lepak lama skit, belek-belek dan cari-cari buku internet nih. Tapi buku melayu tak banyak beb, skit je aku jumpa. Aku ingat nak gak sambar buku SEO ke, ebay ke, buku ajar cara nak buat 1 juta dr internet. Tak jumpa plak yang berkanan.

Simple je isinya

Terkenang zaman aku mula2 terjebak dgn blogging

Kena baca nih, tak boleh pinjam ya



Buku atas pelet jer, takde rak-rak cantik kat Big Bad Wolf nih. 

Pendapat aku tentang Big Bad Wolf Book Sale

  1. Tambahkan buku bahasa Malaysia
  2. Label bahagian buku jangan terlalu umum
  3. Kaunter bayaran ok je
  4. Tambahkan banner jalan keluar dari MIECC ni, aku tersesat beb hoho.. tak jumpa jalan nak keluar MIECC ke The Mines.Pusing-pusing kat situ sebab dah lewat malam, banyak pintu berkunci.


Korang pun ada pegi kan, apa pendapat korang tentang Big Bad Wolf?



Terima kasih kerana membaca Big Bad Wolf - sempat juga aku pegi. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



19 Komen:

  1. saya suka sale tentang buku..dan alangkah bagusnya banyak duit untuk beli banyak buku

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena kerja part time nih

      Padam
  2. Wah lepas ini makin mantap ilmu blog yea bro Arman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuan, tolong tunjuk ajar tuan

      Padam
  3. hemmm ramainyeee, betul betul betul ;) heheee

    BalasPadam
  4. adakah buku tentang pelatihan toilet anak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ternampak buku nih

      Padam
  5. murahnya ! tapi jauh ler, dekat shah alam pon jenuh nk pegi..hehe

    BalasPadam
  6. memang best lah shopping buku kat sini, rambang mata, macam nak beli semua...

    BalasPadam
  7. Emm saya tak sempat nak merasa kenikmatan pameran ni..hehe

    BalasPadam
  8. wah rame banget swalayan nya. jadi pengen juga nih ikutan belanja disana hehehe :D

    BalasPadam