Home » , , » Doktor amal cara hidup tak sihat!

Doktor amal cara hidup tak sihat!

Biasa doktor ni di hormati kan, dan juga kita menganggap doktor mesti mengamalkan gaya hidup sihat kan, sebab doktor mesti lah dia tahu yang mana bagus dan tak bagus. Tetapi mengejutkan! Ramai doktor ada ilmu, tapi tak amalkan, apatah lagi yang kerja bukan doktor. Di harap doktor boleh menunjukkan tabiat cara hidup yang baik untuk di jadikan tauladan.

Kurang bersenam


Doktor dikatakan lebih mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat berbanding profesion lain di dunia ini kerana kebanyakan mereka kurang bersenam, kurang tidur dan turut mempunyai tabiat pemakanan yang agak buruk, kata satu kajian terbaru. PureGym di Britain membuat soal selidik terhadap 2,000 orang dalam pelbagai bidang profesion mengenai pilihan gaya hidup mereka sepanjang purata seminggu bekerja. 

Doktor mendapat markah yang teruk secara beterusan apabila ditanya mengenai tabiat pemakanan mereka, senaman atau tabiat tidur, lapor femalefirst.co.uk. Kajian pendapat berkenaan mendedahkan bahawa doktor adalah daripada kumpulan yang paling ramai tidak bersenam, dengan hampir suku daripada mereka mengakui tidak melakukan sebarang bentuk senaman biasa. 


Doktor kurang tidur 


Mereka juga termasuk dalam profesion kurang tidur dengan purata lima jam sehari malah menghabiskan masa sehari mereka tanpa menikmati hidangan sempurna dengan duduk di meja makan. 

“Kami terkejut apabila mengetahui bahawa doktor biasanya hidup dengan gaya hidup yang tidak sihat tetapi apabila mempertimbangkan waktu bekerja serta tekanan yang dihadapi dalam kerja, anda akan faham mengapa mereka terpaksa korbankan kesihatan mereka berbanding lebih menumpukan perhatian kepada kesihatan pesakit mereka,” kata jurucakap PureGym, Paul Kirwin. 



Pemandu teksi juga dikatakan memilih gaya hidup tidak sihat, berdasarkan kajian sama selain pemandu pengangkutan awam dan lori.


Terima kasih kerana membaca Doktor amal cara hidup tak sihat!. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



9 Komen:

  1. Doktor pun tak mengamalkan gaya hidup sihat. Mungkin terlalu sibuk dengan pesakit sampai tak ada masa nak jaga kesihatan diri sendiri.

    BalasPadam
  2. doktor seperi lilin....kasi sihat orang lain tapi rela tak sihat untuk diri sendiri

    BalasPadam
  3. kesian kat doktor. dah la banyak kerja..
    tapi gaji besar takpe..

    BalasPadam
  4. haha..doktor pun manusia biasa macam kita gak..cuma lebihnya dia, dia ada ilmu tentang kesihatan..kadang2 kena wi kesedaran gak kepada doktor ni...

    BalasPadam
  5. Assalammualikum...

    doktor pun manusia biasa yg tak lepas daripada sakit dan pening walaupun dia selalu mengubati pesakit. Kalu doktor sakit siapa lak nak rawat dia kan?...

    mselim3

    BalasPadam