Home » , » Ganja Obamacare

Ganja Obamacare

Pasukan polis negeri Massachusetts menyatakan, pihaknya telah menahan sebuah kereta mengandungi 1,250 bungkusan ganja yang tertera perkataan Obamacare dan nama Kurt Cobain.Susulan penemuan tersebut, polis turut menahan empat individu yang berada di dalam kereta berkenaan.Polis berkata, pihaknya sedang mengadakan sekatan jalan raya di Northampton apabila beberapa anggota polis melihat sebuah kereta cuba memecut laju.

Ganja Obamacare

Siasatan awal mendapati kenderaan itu memiliki banyak kesalahan jalan raya.Polis kemudian menahan kereta suspek tidak jauh dari lokasi sekatan jalan raya itu.Beberapa anggota polis yang dibantu seekor anjing pengesan menemui sejumlah bungkusan ganja di dalam kereta berkenaan.

"Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk melabelkan ganja menggunakan nombor, perkataan atau simbol," kata pegawai polis Massachusetts, Leftenan Daniel Richard.
"Namun, ini kali pertama saya melihat perkataan Obamacare digunakan," tambahnya.
Obamacare merujuk kepada pelan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk menyediakan insurans kesihatan kepada penduduk miskin di AS.



Terima kasih kerana membaca Ganja Obamacare. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



8 Komen:

  1. wah serem juga ya kalau banyak ganja getu hmmm harus ditangkap tuh pelakunya :)

    BalasPadam
  2. mahu ada konspirasi tentang perkara ini..

    BalasPadam
  3. buat salah pelbagai cara...akhirnya tertangkap jua.

    BalasPadam
  4. bahaya tuh, harus ditangkap tuh pelakunya

    BalasPadam
  5. Emm kes naya ke apa ni ekk??

    BalasPadam