Home » » Penulis blog tegar kongsi pengalaman

Penulis blog tegar kongsi pengalaman

Lebih 10,000 orang dijangka menghadiri program Blogrrr: Blogger Most Wanted yang akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) pada 14 Disember ini.

Program pertama kali itu dianjurkan MYNIC Bhd (MYNIC), agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan tajaan MAXIS Broadband dan Bank Simpanan Nasional (BSN) serta akhbar Harian Metro sebagai rakan media. 

EO MYNIC berkata, tujuan utama program selama sehari itu adalah bagi menghimpunkan penulis blog tegar dari pelbagai bidang hadir berkongsi pengalaman dan pendapat sesama mereka. 

“10 pemenang blog terbaik negara bakal diumumkan pada acara kemuncak program itu untuk Anugerah Blogrr 2013 mengikut kategori yang dipertandingkan, pencalonan terbuka kepada orang ramai.


“Antara program lain, 15 seminar mini percuma bagi berkongsi ilmu terutama dalam dunia penulisan blog serta bagaimana meningkatkan pendapatan melalui kredibiliti blog masing-masing,” katanya pada sidang media di Balai Berita, di sini, semalam.

Tawar tapak pameran


Beliau berkata, selain itu MYNIC turut menawarkan lebih 100 tapak pameran dan jualan kepada penulis blog yang menjual barangan atas talian (blogshop) bagi mempromosikan produk mereka kepada pengunjung yang hadir. 
“Justeru, pengunjung berpeluang bertemu terus dengan penulis blogshop kegemaran yang selama ini hanya berinteraksi di atas talian,” katanya.

Program itu akan menampilkan penulis blog terkemuka seperti Nisa Kay, Sean Razak dan Selina Wing, serta artis terkenal seperti Marsha Milan Londoh, Sharifah Sakinah, Ally Iskandar dan Iqram Dinzly


Terima kasih kerana membaca Penulis blog tegar kongsi pengalaman. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



9 Komen:

  1. Tentu meriah perhimpunan tu. Tapi tengok tak ada kategori blog keusahawanan. Mungkin blog business online tu termasuk dalam kategori itu agaknya..

    BalasPadam
  2. Sumber rezeki mencurah-curah untuk blogger..

    BalasPadam
  3. medan untuk blogger mendekati pembaca secara bersemuka..bagus!

    BalasPadam
  4. bagus kan program cam nih

    BalasPadam
  5. wah pasti rame banget ya kalau sesama blogger bisa kumpul-kumpul bareng :)

    BalasPadam
  6. 10,000 orang? hebat sekali. ahh jadi ingin datang ke KL. Minggu depan ya? hmmmmmm

    BalasPadam
  7. banyak bener tu 10.000 orang...

    BalasPadam