Home » , , » Roket milik bilionair berlepas ke angkasa lepas

Roket milik bilionair berlepas ke angkasa lepas

Roket Falcon 9 yang tidak mempunyai juruterbang dan membawa sebuah satelit komersial berlepas ke angkasa lepas kelmarin.Roket itu membawa satelit sebuah syarikat dari Luxembourg.Syarikat Space Exploration Technologies milik bilionair internet di Amerika Syarikat, Elon Musk.Ia juga merupakan satelit pertama yang dilancarkan oleh syarikat itu.Roket tersebut berlepas dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida pada pukul 5.41 petang waktu tempatan.
Sebelum ini dua percubaan untuk melancarkan roket tersebut mengalami kegagalan ekoran masalah teknikal.

Para jurutera kemudian mendapati masalah itu berpunca daripada oksigen yang terdapat di dalam sistem enjin roket tersebut.

Roket itu membawa satelit seberat 3,175 kilogram yang dimiliki syarikat SES.
Sebelum ini, syarikat SES menggunakan roket Proton buatan Rusia dan European Ariane milik Agensi Angkasa Lepas Eropah untuk menghantar satelitnya ke angkasa lepas.
Satelit itu akan digunakan untuk menyediakan perkhidmatan memancarkan siaran televisyen kabel dan untuk perkhidmatan komunikasi lain di negara China, India dan Vietnam. - Kosmo


Terima kasih kerana membaca Roket milik bilionair berlepas ke angkasa lepas. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



14 Komen:

  1. " roket Proton "..?
    igtkan tadi roket dari kompeni proton malaysia.. heheh

    BalasPadam
  2. Malaysia punya satelit yang dilancarkan Measat-5 dan masih beroperasi lagi hingga kini. Measat -1 yang dilancarkan tahun 1996 dulu rasanya dah ditamatkan operasinya.

    BalasPadam
  3. semakin kayalah bilionair ni jual servis ke China, India dan Vietnam.

    BalasPadam
  4. wah hebat juga ya roket nya bisa terbang ke angkasa getu :)

    BalasPadam
  5. roketnye bisa terbang sendiri ye?
    hebat..wkwkwk
    katek kemudi

    BalasPadam
  6. Fuyoo hebat2..speechless kita..igtkan kt malaysia tadi.hakhak

    BalasPadam
  7. Bila Malaysia nak lancarkan roket lagi..

    BalasPadam
  8. semoga Malaysia dapat ,melancarkan roket sendiri..

    BalasPadam
  9. sepertinya hanya negara-negara maju yang bisa bikin roket seperti itu. Kayaknya Indonesia masih jauh soalnya belum bisa bikin hehehe :D

    BalasPadam
  10. Billioner yang mampu buat apa saja dan menjadi lebih kaya lagi.

    BalasPadam