Home » , , , , » Sushi bahaya kepada jantung

Sushi bahaya kepada jantung

SUSHI selama ini dikenali sebagai makanan sihat kerana ia mengandungi rendah kalori tetapi kaya dengan omega-3.Tetapi kajian mendapati, rutin pengambilan sushi akan membuatkan tubuh terdedah kepada lebih banyak logam, sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung.Menurut kajian tersebut, ikan mentah berpotensi membahayakan kesihatan kerana tinggi kandungan logam berat. Raksa boleh menyebabkan sistem saraf terjejas jika diambil dalam jumlah yang banyak manakala raksa dalam makanan cepat diserap oleh tubuh.

Kandungan Raksa Tinggi! 

Ikan seperti tuna gergasi, todak, yu atau sardin memiliki kandungan raksa yang tinggi kerana ia memakan ikan lebih kecil.Kajian sekumpulan penyelidik Majlis Pertahanan Sumber Alam Semula Jadi (NRDC) di New York, Amerika Syarikat (AS) mendapati pengambilan ikan dicemari raksa boleh memberi menyebabkan kemandulan dan tekanan darah.


Selain itu, ia juga menyebabkan lupa ingatan, menggeletar dan buta manakala peningkatan kadar raksa meningkatkan risiko penyakit jantung.Keputusan analisis penyelidik daripada Universiti Rutgers di New Jersey itu membabitkan pengambilan raksa oleh lebih 1,200 orang responden.Peserta yang mencatat bacaan tinggi kebanyakannya merupakan peserta yang gemar memakan sushi.

Penyakit Jantung


Mereka turut disoal lebih lanjut berkenaan jumlah dan jenis sushi yang dimakan setiap bulan. Penyelidik mendapati, kebanyakan peserta percaya sushi akan memanjangkan umur mereka tetapi meragui bahawa kandungan raksa pada sushi cukup tinggi untuk membahayakan kesihatan mereka.
Menurut kajian Pusat Perubatan Wexner Universiti Ohio, AS, kadar raksa yang tinggi dikaitkan dengan penyakit jantung melalui aktiviti enzim pada dinding pembuluh darah.
"Selain memberikan kesan positif daripada omega-3, cemaran raksa pada ikan sushi memberikan kesan negatif seperti rendahnya kadar kolesterol baik, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok serta kelahiran pramatang," jelas para penyelidik.
Lembaga Pemantau Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) menyarankan pengambilan hanya dua sajian ikan yang mengandungi omega-3 pada setiap minggu.


Terima kasih kerana membaca Sushi bahaya kepada jantung. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



17 Komen:

  1. Bahaya atau tidak, kawe memang tak makan mende ni... bukan selera kawe ehhh.. Tapi kalau awek Jepun.. errrrr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hoho.. jange weh... anok 5 doh tuh bringak skit

      Padam
  2. orgpregnant n baby lagi la tak bagus makan..apa benda pun kena makan secara patut,klu lebih mmg la bahaya

    BalasPadam
  3. risau juga bahaya shushi, nasib baik jarang sangat makan...heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro, belanja sushi skali bro

      Padam
  4. Yekew? Nanti la aku contact pusat perubatan tue...
    Aku paling suka makan sushi... Lepas nie nak try mkn ikan buntal pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hoho.. ikan buntal pun ko bedal... hebat tabiat makan nih

      Padam
  5. aiza memang tak pernah mencuba makan sushi.. tak tergerak hati pun untuk mencubanya walau ramai orang yang cakap ianya sedap.. hehe..

    BalasPadam
  6. baru tahu saya kalo sushi itu bahaya pada jantung..
    nice share brooo

    BalasPadam
  7. makan sushi sedap juga cuma agak mahal..ada hikmah juga supaya jangan makan terlalu kerap!

    BalasPadam
  8. bagi aku le kan, makan biar sederhana

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. yang memudaratkan apabila makan secara berlebihan..

      Padam
  9. Pulak dahhh..mujurlah tak pernah makan..hehe

    BalasPadam
  10. Memamg ada makanan laut yg tinggi kandungan merkuri. Nak kena hati2...

    thanks bro berkongsi, paling tak, kita lebih berhati2

    BalasPadam
  11. bahaya kan.sib baik sy kurang berminat.thanks share

    BalasPadam
  12. penyakit jantung memang sangat berbahaya, untuk itu sebaiknya kita selalu jaga kesehatan agar tubuh bisa fit dans segar serta terhindar dari berbagai penyakit :)

    BalasPadam