Home » » Iran haram sembang sosial bukan mahram

Iran haram sembang sosial bukan mahram

Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei, semalam mengeluarkan fatwa terbaru bahawa perbualan atau bersembang di media sosial antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah haram kerana boleh mendorong perbuatan maksiat.Fatwa itu disokong Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, yang menurut mereka perbualan bukan muhrim menerusi media sosial tanpa batasan hingga mendorong perlakuan maksiat, adalah haram. Mereka mahu Majlis Fatwa Kebangsaan mewartakandan menyediakan garis panduan mengenai perbuatan ini bagi mencegah penularan pelbagai kegiatan bertentangan Islam yang turut dikesan menjadi faktor keruntuhan institusi perkahwinan umat Islam. 


Langgar hukum Islam


Abdul Rahman berkata, masyarakat hari ini berpandangan pergaulan bukan muhrim di media sosial tanpa batasan tidak melanggar hukum Islam kerana ia tidak membabitkan pertemuan secara fizikal.

Namun, katanya, pergaulan tanpa tujuan dan asas yang kukuh sehingga mendorong kepada perlakuan maksiat atau gejala bertentangan Islam juga dilarang dalam Islam walaupun di media sosial.


Contoh mudah adalah memberi salam. Jika tidak ada tujuan dan disalah guna untuk permulaan perbualan kurang berfaedah, ia tidak wajib dijawab. 
Melihat pasangan yang bukan muhrim tanpa ikatan sah di media sosial juga tidak dibenarkan. Perbuatan ini dilarang dalam Islam kerana boleh mengundang nafsu, katanya ketika dihubungi BH, semalam bagi mengulas fatwa terbaru Khamenei itu.

Hassan pula berkata, wujud keperluan untuk melarang perbualan bukan muhrim terutama menerusi media sosial jika isi kandungannya berbaur maksiat.

Malah, katanya, perbualan yang bertujuan untuk menyebarkan dakyah dan perkara yang bercanggah dengan Islam juga wajar diberi perhatian supaya mengekang penularan ajaran sesat yang dilihat semakin berleluasa.

Haram bibit maksiat


Kalau perbualan antara lelaki dan perempuan bukan mahram itu ada bibit-bibit maksiat memang wajib difatwakan haram. Tetapi jika ia sekadar untuk bertukar pendapat dan ke arah kebaikan, tiada masalah.

Sebaiknya, fatwa untuk melarang gejala maksiat dan bertentangan dengan Islam seperti ini dilaksana dengan terperinci supaya masyarakat tidak keliru dan boleh mempraktikkannya, sejajar dengan seruan Allah supaya menentang kemungkaran, katanya.

Hassan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengkaji keperluan untuk mewartakan fatwa supaya melarang perbualan berbaur maksiat.


Terima kasih kerana membaca Iran haram sembang sosial bukan mahram. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



12 Komen:

  1. dah alang-alang macam tu, tutup aje terus laman sembang social tu.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum.. in shaa Allah sheila akan berusaha untuk tidak bersembang sosial dengan bukan mahram. doakan sheila ya :)

    BalasPadam
  3. tutup aja sembang sosial tuh ;)

    BalasPadam
  4. kalau gitu apa-apa laman sosial pun tak boleh kan.

    BalasPadam
  5. Assalam
    Di Malaysia , boleh cuba rujuk di E - Fatwa . Insyaallah.

    BalasPadam
  6. jangan terlalu membatasi karena nanti yang ada malah semakin banyak di langgar, berutung saya di negara yang menghragai demokrasi walaupun setiap pikiran orang berbeda memandang negara saya ini.

    BalasPadam
  7. singgah sini pakcik...
    nice article

    BalasPadam
  8. jangan tapi orang masih nak buat juga meh hu..

    BalasPadam
  9. pengkongsian yg sangat baik ;)

    BalasPadam
  10. Bukan salah meida sosial tapi salah manusia. Ada manusia kadang mencipta satu profil khas semata-mata untuk mengurat awek dan sebagainya. Tak salah kalau bertujuan untuk berkongsi pendapat dan sebagainya tapi jangan sampai berborak yang berunsurkan lucah.

    BalasPadam
  11. sokong dgn bahrain...apa2 benda pun kalau di salah guna memang jadi buruk akibatnya

    BalasPadam