Home » , , » Kredit kad maybank2cards dan OCBC Bank Titanium

Kredit kad maybank2cards dan OCBC Bank Titanium

Korang ada guna kredit kad ( credit cards ) kan, korang guna kad bank mana? Aku guna maybank2u cards dari maybank dan juga OCBC Bank. Kat sini aku nak citer skit pengalaman aku dengan 2 kredit kad nih untuk pertimbangan korang yang masih cari-cari kredit kad yang sesuai. Tak guna lagi bagus, tapi kalau guna kredit kena caranya, lagi lah bagus sebab ada kebaikkannya jugak. Betul ada, mesti ada yang masih takut-takut nak guna kredit kad kan. Cam aku dulu-dulu gak ler. Tapi sejak aku main-main dengan adsense nih, aku dah biasa sangat belanja guna kredit kad ( credit cards ).

Kredit kad OCBC Bank


Kad ni aku baru je guna, sebab terpengaruh dengan budak-budak sale kat The Curve, macam-macam promosi katanya, sign dapat free bag satu, aku minta dua, budak tu bagi hehehe..pau je, lagi pun free je. Pandai-pandai le budak tu kira sendiri kan. Aku tertarik sebab ada rebet 5% setaip hari, maksimum rm50 sebulan hanya di kedai-kedai utama je ler. Kedai kecik-kecik rebet 1% je. Isi minyak rebet 5% ni, setaip hari, bukan weekend je ya. Best main gores-gores lepas tuh bayar secara online. Point tak de le.


Yang tak bestnya pulak, bulan lepas terimas surat, rebet 5% dah di hapuskan, ganti rebet 1% jer kat semua kedai! Ini dah macam hampeh le kan, 1% je kad mana-mana bank pun boleh dapat. Jadi tak ada keistimewaan dah kad OCBC Bank nih. Aku bakal tamatkan kad ni nanti, tengah usha-usha pengganti kredit kad nih, mungkin HSBC kot, belum survey lagih.

Lazada Malaysia

Kredit kad Maybank2cards Maybank


Kredit kad ni terbaik pada pendapat aku buat masa ini mengikut kegunaan aku yang banyak isi minyak. Sebab aku ada akaun mayban2u, senang nak tengok bil dan bayar. Rebet 5% kedai terpilih pada weekend sahaja dan juga rm1=5 point ( bersamaan dengan rebet 2% ) dan boleh redeem barang macam smartphone. Cara nak redeem guna treatpoint maybank ni senang je, kalau konfius gak, boleh baca cara-cara redeem treatpoint maybank. Akaun ni datang dengan satu lagi kad Visa atau Mastercard, kira satu akaun 2 kredit kad le nih.


Yang tak bestnya, Amex ni senang org klon! Setakat ni dah 2 Amex aku kena klon. Terbaru semalam, di gunakan untuk transaksi online kat 2 tempat. Terpaksalah cancelled dan tunggu kad baru. Tapi takde le kena caj, dekat-dekat rm1000 tuh. Camne aku boleh tahu? Biasanya kalau ada transaksi, pemegang kad akan terima sms menyatakan jumlah di belanjakan dan di mana. Kalau tak betul, cepat-cepat call ke call centre, minta kepastian. Jangan lupa simpan nombor tepon call centre kredit kad korang.


Jadi, rajin-rajin lah semak penyata kredit kad nih, jangan main terima je, tak semak terus bayo, nanti ada org guna kita tak sedar. Tak pasal-pasal nanti kena cari kerja sambilan atau masukkan iklan sehebat adsense ke blog untuk tambahkan pendapatan.


Terima kasih kerana membaca Kredit kad maybank2cards dan OCBC Bank Titanium. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



11 Komen:

  1. sebab tu gua tak berani nk apply credit card ni

    BalasPadam
  2. Pengguna setia maybank2 u..senang untuk travel...

    BalasPadam
  3. kredit kad menyenang kan, hari ni isi minyak guna visa jer. amex tak dpt lagih.. wooo

    BalasPadam
  4. Emm tak ada pengalaman lagi dalam bab ni..pernah gak kena ceramah kat orang yang menjual tu..mujurlah saya buta kayu bab ni.buat muka sposen dan buat muka blur aje la..seronok tak ada kad kredi ni bro?

    BalasPadam
  5. ramai betul penyangak yg buat khoje tak senonoh..sabor jerlah

    thanks bro karman berkongsi info

    BalasPadam
  6. kena lebih berhati-hati tu. boleh plak ada klon-klon ni ye.

    BalasPadam
  7. kena cek penyata betul2 tuh, kan tak sedar plak ada org guna.

    BalasPadam
  8. Rasanya kad kredit yg paling best ialah MBF sbb asyik ada promotion cash back reward jer. Dah beribu-ribu RM kawe dapat menerusi promo ni.

    BalasPadam
  9. nak kena usha MBF nih

    BalasPadam
  10. mtk bro comparekn dgn cimb cash rebate bole x

    BalasPadam