Home » » Facebook beli WhatsApp

Facebook beli WhatsApp

Laman sosial popular, Facebook semalam mengumumkan pembelian perkhidmatan mesej popular, WhatsApp dengan nilai lebih daripada AS$16 bilion (RM52.8 bilion).Facebook dalam kenyataannya memberitahu, jumlah itu termasuk pembelian dalam bentuk saham Facebook bernilai AS$12 bilion (RM39.7 bilion) dan AS$4 bilion (RM13.23 bilion) dan bentuk wang tunai.

Perjanjian itu turut merangkumi dana tambahan bernilai $3 bilion (RM10 bilion) dalam bentuk saham sebagai jaminan kepada pengasas dan kakitangan WhatsApp yang akan dijadikan hak setelah lebih empat tahun.Perjanjian tersebut dilihat dapat meningkatkan rangkaian sosial terbesar di dunia berkenaan dengan tambahan sebanyak 450 juta pengguna WhatsApp, yang akan dikendalikan secara bebas dengan ahli lembaga pengarah sendiri.



Ini merupakan pengambilalihan terbesar Facebook dan dilakukan kurang daripada dua tahun selepas Facebook milik Mark Zuckerberg meningkatkan jumlah saham dalam pasaran sebanyak AS$16 bilion (RM52.8 bilion).Pengambilalihan berkenaan menandakan sokongan usahasama Facebook dan WhatsApp mengembangkan komunikasi dan aktiviti kepada pengguna di seluruh dunia dengan menyediakan perkhidmatan internet yang cekap dan mampu milik.

Pengasas dan Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg berkata, WhatsApp mempunyai kira kira satu bilion pengguna dan ia menjadi perkhidmatan mesej yang sangat bernilai.
"Saya telah lama mengenali pengasas WhatsApp, Jan Koum dan berasa sangat teruja untuk bekerjasama dengannya," katanya.

Sementara itu Koum di dalam laman blognya berkata, beliau juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan Zuckerberg dan Facebook.

"Kerjasama ini membuka peluang kepada WhatsApp untuk berkembang selain memberi WhatsApp lebih banyak masa membina perkhidmatan komunikasi yang cepat dan murah", katanya.

Pejanjian itu juga menyaksikan Facebook membeli kesemua 450 juta pengguna WhatsApp dengan harga AS$42 (RM139) setiap pengguna,

Bayaran itu lebih tinggi berbanding AS$30 (RM99) yang dibayar kepada setiap pengguna Instagram pada tahun 2012.

Facebook membeli Instagram pada 2012 yang ketika itu mempunyai seramai 33 juta pelanggan dengan nilai AS$1 bilion (RM3.3 bilion).




Terima kasih kerana membaca Facebook beli WhatsApp. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



11 Komen:

  1. harga "kita" rm139 hinggit....hohoho

    apelah mark ni nak buat dgn whatsapp pulak

    BalasPadam
  2. harap pas ni whatapps free jer... hehehe

    BalasPadam
  3. facebbok banyak duit.. nampak apps famous and popular.. mesti nak beli.. hehharap whatsapp tak ada byar setahun rm2 ahhah

    http://iluvtour.com jemput singgahh

    BalasPadam
  4. kalau akau kaya yahooo!! rezeki idea dan penciptaan yang tak sangka akhirnya membawa tuah pada diri pencipta what up

    BalasPadam
  5. buat apps pun kalau jadik, kayo pokcik..

    BalasPadam
  6. Kawe nak beli Viber dan WeChat lak. Tapi installment 3 generasi :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa kata demo buat je apps cam tuh

      Padam
  7. Apelah motif diorang beli nie yer...macam xde limit pulak duitnyer..kaya-kaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. bisnes strategi le nih kot..

      Padam