Home » , » Khasiat kunyit untuk kesihatan

Khasiat kunyit untuk kesihatan

Kita sering mengambil mudah tentang kehebatan kunyit. Mungkin kerana kunyit hanya dikenali dan ditemui di dapur. Namun bahan yang digunakan nenek moyang kita kini mendapat perhatian yang serius daripada pakar-pakar dan hospital ternama di Amerika dan Eropah. Kehebatan herba ini terletak kepada ekstrak pigmen yang menjadikan kunyit kelihatan kuning. Pigmen yang begitu besar khasiatnya dan berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit dikenali sebagai curcumin.

 


Khasiat curcumin

Curcumin ialah antara bahan penyembuh terbaik dalam perubatan tradisional dan moden. Sebiji pil daripada ekstrak curcumin ini seolah-olah mengambil 20 sudu teh serbuk kunyit yang terdapat di setiap dapur. Pakar perubatan Pusat Kanser Texas mendapati curcumin mempunyai keupayaan anti oksida yang meneutralkan radikal bebas yang menjadi akar umbi kepada penyakit kanser. Radikal bebas ialah bahan kimia yang meresap ke dalam darah dan merosakkan sel-sel di dalam badan. Menurut salah seorang pasukan penyelidik ini, Dr. Thomas Evans, curcumin mengandungi komponen bioaktif polifenol yang membantu mencegah tanda-tanda awal kanser.

Anti radang

Selain kanser, curcumin juga baik untuk melawan radang yang menyebabkan bengkak, angin, sakit-sakit sendi dan sengal badan. Curcumin ialah bahan utama yang meringankan beban kesakitan. Dalam kajian ke atas para pesakit artritis di Eropah, pakar perubatan mendapati khasiat curcumin boleh dibandingkan dengan ubat-ubatan tahan sakit moden seperti phenylbutazone. Malah didapati para penghidap artritis merasakan kekurangan sakit pada waktu pagi, mampu berjalan dengan lebih lama dan bengkak berkurangan. Selain itu, curcumin juga membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

Teh hijau

Salah satu lagi herba tradisional yang turut mendapat perhatian masyarakat dunia ialah teh hijau. Teh hijau ialah daun teh yang masih hijau dan belum diproses untuk dijadikan serbuk minuman. Daun teh hijaukaya dengan pelbagai komponen aktif baik terutamanya polifenol baik untuk kesihatan dan kecantikan. Lagi hijau daun teh itu, lagi tinggi kandungan polifenolnya. Menurut pakar nutris di Boston Amerika, Dr. Beth Reardon, teh hijau turut mengandungi bahan aktif Catechins yang mencegah kerosakan sel-sel di dalam badan.

Untuk jantung, kencing manis dan otak

Teh hijau juga turut dipercayai melancarkan peredaran darah dan menurunkan kadar kolesterol. Malah ia kini menjadi saranan kepada mereka yang menghidap penyakit berkaitan jantung dan tekanan darah tinggi. Teh hijau juga baik untuk otak. Satu kajian MRI di Switzerland membuktikan mereka yang mengamalkan pengambilan teh hijau setiap hari berjaya meningkatkan tahap memori dan menghalang pembentukan plag yang menjadi punya kepada penyakit Alzheimer. Menurut Dr. Reardon, teh hijau juga boleh diambil oleh penghidap kencing manis bagi menstabilkan paras gula dalam darah.

Ubat sebelum sakit

Kombinasi curcumin yang diekstrak dari kunyit dan teh hijau merupakan kombinasi terbaik bagi melawan dan mencegah pelbagai jenis penyakit dengan mudah. Tidak terhad untuk mereka yang ingin mengatasi masalah kesihatan, curcumin dan teh hijau harus dijadikan amalan harian untuk menguatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan kerosakan sel-sel badan. Pendek kata, kombinasi ini adalah seumpama ubat untuk sebelum sakit.



Terima kasih kerana membaca Khasiat kunyit untuk kesihatan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



4 Komen:

  1. Banyak khasiat kunyit rupanya. Biasa guna tapi tak tahu sangat khasiatnya. terima kasih info kesihatan ini encik arman.

    BalasPadam
  2. dlm masakan melayu, byk khasiatnya.

    BalasPadam
  3. Emm tak tahu pulak kunyit ni banyak kegunaan..hehe..terima kasih kongsikan..

    BalasPadam
  4. cuma guna kunyit untuk masak jer..hehehe

    BalasPadam