Home » » Nasi Lemak Telanjang

Nasi Lemak Telanjang

Chef Wan tidak berpuas hati dengan hidangan nasi lemak di dalam penerbangan MAS. Syarikat penerbangan Malaysia Airlines menjawab komen Chef Wan yang menganggap nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi sebagai 'telanjang'. Gambar yang dimuatkan di akaun Instagram turut menerima pelbagai reaksi di media sosial.


Dalam kenyataan Malaysia Airlines kepada Astro AWANI, syarikat penerbangan nasional itu akan terus mempertingkat mutu makanan mereka. 



"Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok.



"Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami," kata Malaysia Airlines.



Pada 29 Januari, Chef Wan telah memuatnaik gambar nasi lemak yang dihidangkan di kelas ekonomi.


Gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram milik Datuk Chef Wan. Sumber Instagram.com/ChefWan58


Komennya seperti yang tertera dalam akaun Instagrammya tertulis:



I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. 

This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilik nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. 

Kita orang Malaysia sudah pasti la tahun akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey....what about all that international travellers. 

Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. 

Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm " Telanjang la" Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? 

Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?


"Hidangan nasi lemak ini memeranjatkan... ia seperti penerbangan nasional tidak mengambil peduli tentang hidangan sarapan pagi yang kita banggakan dan ia disajikan di dalam penerbangan antarabangsa tanpa timun dan kacang serta ikan bilis. Nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini," tulis Chef Wan dalam Instagram beliau.




Ia menerima lebih kurang 918 'Likes' dan komen yang pelbagai dari pengikut Instagram beliau.


Terima kasih kerana membaca Nasi Lemak Telanjang. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



6 Komen:

  1. Betul juga tu, Mungkin pada pandangan Chef Wan ringkas sangat, sebab tu beliua cakap macam tu. Harap lepas ni MAS buat nasi lemak yang lebih baik daripada ni pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. org glamer komen, laju je action hehe..

      Padam
  2. Sadapnya Nasi Lemak. Jika dibuat lagi baik daripada ini pastinnya akan mengembiran ramai pihak. Harap lepas ni mutu nai lemak dalam MAS akan jadi lebih baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sesuai dengan harga kot

      Padam
  3. patut kita lebih tahu apa wajib ada.ini lagi ringkaskan menu apa dah.tapi suruh orang datang malaysia. po kg baru lagu byk pilihan harga orang bayar mahal tak apa sebab berbaloi dengan apa kita dapat.

    BalasPadam
  4. adoi!..ikut dalam gambar memang simple sangatlah dia punya bahan-bahan nasi lemak!

    BalasPadam