Home » , » Pukul dengan penyangkut baju, kayu dan tali pinggang?

Pukul dengan penyangkut baju, kayu dan tali pinggang?

Pasangan warga Malaysia, Azizul Raheem Awalluddin dan isterinya, Shalwati Nor Shal hari ini didakwa di mahkamah daerah Solna, Stockholm, Sweden atas pertuduhan memukul keempat-empat anak mereka antara tahun 2010 hingga 2013.Tuntutan pertuduhan yang disifatkan sebagai luar jangkaan itu diterima mahkamah dalam bentuk bertulis yang dikemukakan pendakwaraya, Anna Arnell.Pertuduhan itu menyebut pasangan berkenaan didakwa memukul anak-anak mereka dengan penyangkut baju, kayu dan tali pinggang dalam beberapa kejadian.

Penjara max 10 tahun


Pasangan berkenaan dijangka dibicarakan selama 10 hari bermula 18 Februari ini atas kesalahan yang berulang-ulang antara 2010 sehingga tahun lalu.Mahkamah menggunakan istilah melanggar integriti seseorang bagi menggambarkan pertuduhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun.Peguam Shalwati, Kristofer Stahre akan membuat rayuan di Mahkamah Supreme Sweden supaya membebaskannya daripada reman, sementara menunggu perbicaraan memandangkan keempat-empat anak mereka telah pulang ke Malaysia.

Pendakwaan terhadap pasangan berkenaan disahkan oleh Stahre kepada Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat.Khairul Anwar berkata, pertuduhan yang dikemukakan itu di luar jangkaan yang menggambarkan seolah-olah pendakwaan terdesak dan terpaksa 'mencipta' pertuduhan bagi memburukkan imej pasangan berkenaan.Katanya, sejak awal lagi seluruh dunia tahu fakta dan isu sebenar dalam kes berkenaan iaitu tidak menjadi kesalahan bagi seseorang muslim menggunakan sentuhan fizikal dalam mendidik anak-anak mereka.

SukaGuam


"Namun pihak pendakwaraya memilih untuk menggunakan ungkapan perundangan yang keras bagi menggambarkan kesalahan pasangan itu yang sentiasa memukul keempat-empat anak mereka berkali-kali," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Menurut Khairul Anwar, SukaGuam juga percaya bahawa pertuduhan berat itu dibuat bagi menjaga 'air muka' pihak berkuasa Sweden yang menahan reman pasangan itu bagi tempoh 'luar biasa'.Katanya, mereka tiada pilihan selain mendakwa dengan tuduhan berat bagi menjustifikasikan tindakan reman hampir dua bulan yang dikecam masyarakat dunia.

"Bagaimanapun SukaGuam menyeru rakyat Malaysia bertenang dengan perkembangan terbaharu ini. Kami akan mengadakan perbincangan dengan Wisma Putra dan keluarga pasangan berkenaan sebelum ke Sweden bagi memantau kes ini."Kita juga akan menggunakan segala cara termasuk cuba mendapatkan khidmat guaman antarabangsa bagi membantu pasangan ini," katanya.

Anak tak solat


Azizul Raheem yang merupakan Pengarah Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Disember lalu untuk membantu siasatan kerana didakwa memukul tangan salah seorang anak mereka yang tidak bersolat.Berikutan penahanan itu, empat anak mereka diletakkan di bawah jagaan sementara keluarga angkat bukan Islam di Sweden sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Kini, keempat-empat anak pasangan itu, Aishah, 15, dan Ammar, 13, memulakan sesi persekolahan mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Kala manakala Adam, 12, dan Arif, 8, di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kala, terletak berhampiran kediaman ibu saudara yang juga penjaga mereka di Wakaf Tok Wali, Melor.


Terima kasih kerana membaca Pukul dengan penyangkut baju, kayu dan tali pinggang?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



8 Komen:

  1. Tak salah untuk pukul anak demi laksanakan solat...tp sebab ia berlaku di negara orang...undang-undang di sana perlu dipatuhi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya le, negara lain, lain lawnya... tambah2 kat sana bukan negara islam.

      Padam
  2. Tak salah pukul anak untuk solat. Dalam agama pun di suruh buat macam tu. Semoga ada kebaikan untuk mereka berdua. Sama-sama berdoa.

    BalasPadam
  3. Semoga pasangan suami isteri tersebut selamat dari hukuman tersebut.

    BalasPadam
  4. setakat pukul apa salahnya..bukan dera..di Malaysia kes bunuh atau buang anak lagi teruk

    BalasPadam
  5. orang barat bab pukul depa memang ambil kisah.kalau kucing tersepit depa sanggup tolong walaupun ancan nyawa sendri depa rela.bagi mereka mungkin hukuman perlu.kalau kita di malaysia bab solat perlu tegas.wahulam.

    BalasPadam
  6. hanya perkara kecil nak didik anak sahajakan. kita tunggu dan lihat apa keputusannya nanti

    BalasPadam
  7. macam2 negara orang ni kan..

    BalasPadam