Home » » Sarung telefon gadis Thai laris

Sarung telefon gadis Thai laris

Banyak bisnes boleh buat secara online. Kat sini aku nak kongsi satu bisnes gadis thai secara online yang menjual cover ataupun sarung telefon yang di beli di thailand dan di jual di Malaysia. Nampak macam mudah kan, cuba buat sekali hehehe. Rezeki dia, mungkin sebab muka ala-ala model kot.. setuju tak? Apa pun jom baca kisah gadis kacukan ni yang berjaya sebagai penjual sarung telefon melalui instagram.
Menggunakan nama Santhawandew di laman Instagram (IG), penulis menyangkakan panggilan unik itu adalah nama samaran semata namun sangkaan jauh meleset setelah wanita tersebut memperkenalkan dirinya.
“Nama penuh saya Santhawandew Boonratana, panggil saja Santha. Bapa saya yang berasal dari Tumpat, Kelantan berketurunan Punjabi manakala ibu pula dari Nakhon Si Thammarat, Selatan Thailand.


“Pelanggan di IG saya juga panggil saya dengan nama ini,” ujarnya yang menjalankan perniagaan menjual sarung telefon bimbit buatan sendiri secara online.

Ketika ditemui di Wangsa Maju baru-baru ini, gadis berusia 25 tahun yang fasih berbahasa Melayu itu memberitahu, bisnes yang hanya dijalankan dari rumah itu mula diusahakan sekitar akhir tahun 2012.
Cerita Santha, semuanya bermula apabila dia memuat naik sekeping gambar sarung telefon bimbit bercorak tribal yang dibeli di Thailand menerusi laman sosial tersebut.
Menurutnya, gambar berkenaan mendapat respons positif dalam kalangan pengikutnya sehinggakan ada yang bertanya sama ada sarung telefon bimbit itu untuk dijual atau tidak.
“Saya tiada niat untuk menjualnya namun maklum balas yang diterima begitu menggalakkan.

Tempahan


“Akhirnya, saya ambil keputusan untuk menjual sarung telefon bimbit itu kepada seorang pelanggan pada harga RM39,” katanya yang boleh bertutur dalam bahasa Thai dengan baik.
Bertitik tolak daripada peristiwa tersebut, anak kedua daripada tiga orang adik-beradik ini mengambil kesempatan atas populariti laman media sosial dan kepesatan teknologi maklumat untuk memulakan bisnes tersebut.
Menariknya, kata Santha, pesanan yang diterima berganda dalam masa yang agak singkat.
“Dalam masa dua bulan sahaja, saya mendapat hampir 150 tempahan.
“Sepanjang tahun lepas, saya berjaya menjual lebih 3,500 sarung telefon bimbit kepada pelanggan di seluruh negara selain memenuhi permintaan dari Singapura, Indonesia dan Thailand.

“Saya juga menerima tempahan daripada selebriti tanah air seperti Elfira Loy, Juliana Evans, Hanez Suraya dan Puteri Sarah Liyana,” jelasnya yang menawarkan sarung telefon bimbit untuk pelbagai jenis telefon pintar seperti iPhone, iPad dan Samsung.
Bertutur lanjut, anak kelahiran negeri Pulau Pinang ini memberitahu, dia sanggup berhenti kerja sebagai kakitangan di sebuah syarikat swasta untuk menjalankan perniagaan online tersebut secara sepenuh masa.
“Ketika mula-mula menerima tempahan, saya akan beli sarung telefon bimbit ini secara pukal setiap kali pulang ke Thailand sebelum menjualnya kepada pelanggan.
“Kini, mereka tidak perlu tunggu lama kerana saya sudah mampu memiliki mesin pencetak sendiri di rumah,” katanya sambil memberitahu, dia dapat meraih pendapatan antara RM3,500 hingga RM5,000 sebulan.
Mempunyai lebih 9,300 orang pengikut di laman IG, Santha berkata, selain corak sedia ada, pelanggan juga boleh menyediakan gambar-gambar menarik yang diingini untuk dicetak di atas sarung telefon bimbit tersebut.
“Pelanggan juga boleh pilih sama ada mahu menambah teks bertulis seperti ejaan nama pada sarung telefon bagi mencipta sedikit kelainan.
“Caj bagi sarung telefon bimbit biasa dengan corak terpilih dijual pada harga RM39 manakala sarung yang dicetak dengan teks dijual pada harga RM55,” katanya.


Terima kasih kerana membaca Sarung telefon gadis Thai laris. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



6 Komen:

  1. Boleh tahan income... kalau ada alat dia pun dah ok, untuk cetak .. sarung telefon biasa memang cepat rosak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena cari alat mencetak nih..

      Padam
  2. gadis Thai itupun nampak cun je!..tak mustahil bantu promosi bisnes sarung telefon yang awesome!

    BalasPadam
  3. ada duit boleh beli mesin print tu kan pastu boleh kaut modal sendri tak pelru nak oder kt orang luar lagi

    BalasPadam
  4. perghh,, bijak sungguh,, kalau bagi muja, casing je pun,, tak sanggup rasa nak habiskan puluhan ringgit,, tapi tu la,, lain pandangannya bagi mereka yang suka barangan cantik :D

    BalasPadam
  5. nice to meet you all guys ..please visit me back..

    BalasPadam