Home » , » 13 000 Rumah mampu milik di KL

13 000 Rumah mampu milik di KL

Rumah, masalah yang makin meruncing di mana bagi saya kenaikan harga rumah nih tak selari dengan kenaikkan gaji pekerja, sebab tuh lah jadi rasa macam mahal harga rumah nih. Dalam hal ini, kita kena berpijak di bumi nyata dan ukur baju di badan sendiri. Beli rumah yang kita mampu dan selesa bayar bulan-bulan. Memang semua orang nak rumah besar, tapi kalau duit tak cukup, tangguhkan dulu le hasrat tuh. Tapi ini ada satu berita baik ( kepada sesetengah orang KL ) sebab sebanyak 13,000 lagi rumah mampu milik akan dibina di kawasan strategik di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bermula tahun ini.
    
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, harga rumah itu dianggarkan kurang daripada RM300,000 seunit dengan keluasan binaan dalaman minimum 800 kaki persegi (243.84 meter persegi) selaras dengan usaha kerajaan memperbanyakkan perumahan mampu milik di kawasan bandar.

Rakyat News


"Ini rumah yang kami kira sebagai rumah mampu milik yang akan dibina di sekitar ibu kota dan dijangka siap dua tahun lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Masyarakat Sihat Hidup Selamat di sini, hari ini.
    
Ahmad Phesal berkata projek berkenaan yang dikendalikan DBKL, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia dan pemaju swasta, disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
    
Katanya DBKL juga akan membuka sebuah galeri untuk mempamerkan semua rumah mampu milik yang telah siap bagi membantu orang ramai mendapatkan informasi mengenainya.


Terima kasih kerana membaca 13 000 Rumah mampu milik di KL. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



2 Komen:

  1. 13 000 buah. Banyak juga tu. Dapat 1 pun dah cukup bertuah.

    BalasPadam
  2. harga boleh tahan ni bro

    BalasPadam