Home » » Basuh baju guna aplikasi telefon pintar

Basuh baju guna aplikasi telefon pintar

UNTUK masa ini hanya terdapat dua jenis mesin basuh di pasaran iaitu semi automatik dan automatik. Evolusi mesin basuh sememangnya sudah lama tidak berkembang, dan biasanya pengguna perlu pergi ke mesin basuh jika mereka menghadapi masalah dengan mesin itu. Aktiviti membasuh mungkin merupakan satu tugas yang membosankan bagi sesetengah orang dan boleh menjadi beban jika jadual sibuk.

Memperuntukkan masa untuk memasukkan pakaian, menunggu pusingan habis, tempoh spin dan mengeluarkannya dari mesin basuh sebelum mengeringkannya pasti mengambil tempoh masa yang lama dan kadang-kadang membuatkan kita hilang masa begitu saja.Terkini, Samsung telah mencipta mesin basuh pintar yang mudah dikawal menggunakan aplikasi pada telefon pintar.

Mesin basuh yang dinamakan WW9000 ialah mesin basuh pintar pertama di dunia yang membolehkan pengguna memula dan menghentikan kitaran aktiviti basuhan hanya dengan mengklik butang maya dari telefon pintar mereka.Mesin sama membolehkan anda melaksanakan tugas-tugas lain ketika mesin mengendalikan pakaian.Mesin ini mempunyai pelbagai ciri yang membolehkannya mengendalikan dobi pengguna dengan cara yang lebih baik.

Salah satu caranya adalah dengan kaedah ‘mencuci berkelajuan tinggi’ yang membasuh pakaian hanya dalam tempoh satu jam apabila ia mengisi dram dengan air melalui bekalan air berkembar dengan cepat.

Ciri lain termasuk basuhan auto optimum yang menggunakan empat sensor dalam mesin bagi menentukan kitaran cucian yang betul untuk beban yang ditentukan dengan menetapkan suhu, masa, tempoh kitaran bilas dan putaran kelajuan bergantung kepada saiz beban dan bagaimana kotornya pakaian itu.

Mesin ini juga mempunyai kaedah pintar untuk mengendalikan kesan kotoran tertentu. Lebih baik, semua pilihan juga boleh dikendalikan melalui skrin sentuh di atas mesin.Satu lagi fungsi menarik, ‘ecobubble’ yang menjimatkan tenaga dengan melarutkan bahan pencuci dengan lebih cepat. Hal ini berlaku dengan menyerapkan air dan udara bersama-sama yang mewujudkan buih untuk membantu membubarkan detergen lebih cepat dan menjimatkan tenaga.

WW9000 boleh didapati di Malaysia pada Mei nanti namun sehingga kini Samsung masih belum menentukan harganya.


Terima kasih kerana membaca Basuh baju guna aplikasi telefon pintar. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



5 Komen:

  1. Terbaik boleh memudahkan kerja ni dan jimatkan tenaga daya hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. cepat le jadi gemuk ni bro... hoho

      Padam
  2. serba serbi hanya dihujung jari saja...

    BalasPadam