Home » , » Jualan Mercedes-Benz Malaysia naik 22%

Jualan Mercedes-Benz Malaysia naik 22%

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd mencatat peningkatan 22 peratus jumlah jualan kepada 2,233 unit dalam tempoh separuh pertama 2014, berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, ia berkata peningkatan itu didorong oleh pertumbuhan 38 peratus jualan kenderaan penumpang, dengan E-Class baharu merekodkan pertumbuhan 60 peratus.

Sejumlah 1,676 unit kenderaan penumpang dijual dalam tempoh suku pertama berbanding 1,211 unit dalam tempoh yang sama pada 2013, manakala kenderaan komersil mengalami penurunan sembilan peratus kepada 31 unit berbanding 34 unit sebelumnya.

Sementara itu, sejumlah 526 unit Mitsubishi FUSO, yang diedarkan oleh syarikat itu, dijual sepanjang suku pertama tahun ini, susut 10 peratus berbanding 582 unit yang dijual pada tempoh yang sama sebelumnya.

alt


Merdedes-Benz Malaysia mengurus pengedaran borong kenderaan Mercedes Benz, Smart dan Mitsubishi FUSO.

"Kami berpuas hati terhadap prestasi keseluruhan suku ini. Kedua-dua A-Class baharu yang dilancarkan pada Jun tahun lepas dan E-Class pada Ogos, mencatat pertumbuhan yang kukuh," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia Roland Folger.

Beliau juga berkata Mercedes-Benz Malaysia akan terus melabur dalam rangkaian pengedaran dengan tumpuan ke atas penawaran pusat sehenti.

"Tahun ini, sebuah lagi Autohaus baharu akan dibuka, yang menjadi penanda aras pengalaman peruncitan di Asia Tenggara.

"Selain S-Class dan CLA-Class baharu yang dilancarkan bulan lepas, kami merancang memperkenal model kenderaan penumpang baharu lewat tahun ini, bagi meneruskan kedudukan kami sebagai peneraju," katanya.

Mengenai kenderaan cekap tenaga, Folger memberi jaminan Mercedes-Benz Malaysia akan terus memain peranan aktif dalam membantu mengurangkan kesan ke atas alam sekitar.


Terima kasih kerana membaca Jualan Mercedes-Benz Malaysia naik 22%. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



1 Komen: