Home » » Prof Izzi Haji Ali Kes Cabul Pelajar UITM Arau

Prof Izzi Haji Ali Kes Cabul Pelajar UITM Arau

Berita terkini Prof Izzi Haji Ali kes cabul pelajar UITM Arau. Akhirnya Prof Izzi telah bersuara mengenai isu yang mendakwa dirinya telah mencabul kehormatan seorang pelajar UITM Arau iaitu Nurul Shuhada Binti Shahadan. Menerusi kenyataan rasmi dilaman sosial miliknya, Prof Izzi mengakui bahawa kes tersebut sedang dalam siasatan pihak polis. Tambahnya lagi, dia tidak boleh memberikan penjelasan lanjut setakat ini memandangkan kes itu masih dalam siasatan. Terdahulu, pihak berkuasa telah bertindak untuk membuka siasatan terhadap pensyarah dan pakar motivasi terkenal itu setelah menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dirinya dicabul oleh pensyarah berkenaan.



Prof Izzi Haji Ali Mohon Gantung Tugas Sementara



Pensyarah yang juga bergelar pakar motivasi terkenal telah meminta pihak pengurusan institut pengajian tinggi tempatnya mengajar untuk merehatkannya dari tugasan buat sementara waktu. Tindakan tersebut dipercayai diambil oleh pensyarah berkenaan di atas dakwaan salah laku meraba seorang pelajarnya, baru-baru ini. Menurut Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis, Prof Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman, pihaknya terus bertindak memanggil pensyarah terbabit demi menjaga reputasi universiti tersebut. Pihak UITM Arau juga telah memberikan cuti kepada Prof Izzi sebagai tempoh menenangkan diri sehingga kes berkenaan selesai.

pa-2pa-1

shuhada
Pelajar yang di katakan di raba oleh Prof Izzi
laporan
Laporan polis yang di buat


Terima kasih kerana membaca Prof Izzi Haji Ali Kes Cabul Pelajar UITM Arau. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan