Home » » Tuntutan insurans MH370 Dibolehkan tanpa Sijil Kematian

Tuntutan insurans MH370 Dibolehkan tanpa Sijil Kematian

Tragedi MH370 merupakan kehilangan yang sukar ditandingi dan misi carian masih diteruskan. Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) telah mengumumkan bahawa disebabkan oleh keadaan luar biasa dalam tragedi tersebut; Tuntutan insurans MH370 akan diproses dengan keutamaan. Seterusnya saudara-mara kini boleh menuntut insurans hayat tanpa pengeluaran sijil kematian dan pembayaran akan dipercepatkan.
Persatuan menyatakan bahawa memandangkan keadaan luar biasa dalam kes ini; syarikat-syarikat insurans hayat di negara ini telah bersetuju untuk mempercepatkan bayaran tuntutan yang berkaitan dengan kehilangan pesawat.

“Sebaik sahaja pihak wajar menuntut telah dikenal pasti, bayaran boleh diproses dalam masa seminggu,” kata Presiden LIAM Vincent Kwo dalam satu kenyataan semalam. Kwo berkata beberapa ahli LIAM telah memulakan pemprosesan untuk beberapa tuntutan. Biasanya, keluarga terdekat perlu menunggu 7 tahun sebelum mereka boleh membuat tuntutan tetapi dalam hal ini, wakil-wakil industri telah bersetuju untuk memudahkan proses ini dan juga mengetepikan keperluan sijil kematian.
Beliau mendedahkan bahawa 47 daripada 50 rakyat Malaysia di atas kapal MH370 mempunyai polisi insurans hayat dengan salah satu daripada 14 syarikat di bawah LIAM. Terdapat juga 6 bukan Malaysia diinsuranskan oleh ahli-ahli LIAM.

Ahli-ahli keluarga daripada pemegang polisi boleh menghubungi LIAM di 03-2691 6628 atau emailliaminfo@liam.org.my untuk mengetahui syarikat yang menginsuranskan mangsa terlibat. Anda juga boleh melayari laman web LIAM di mana pengumuman itu telah dinyatakan di halaman depan.
Terdapat juga penumpang yang memegang polisi insurans Takaful. Persatuan Takaful Malaysia (MTA) juga memastikan ahli keluarga yang membuat tuntutan di bawah syarikat-syarikat ahli akan cepat dikeluarkan.
Ahli-ahli keluarga yang terlibat boleh menghubungi MTA di 03-2031 8160 atau e-mel mtasecretariat@malaysiantakaful.com.my untuk maklumat lanjut.


Terima kasih kerana membaca Tuntutan insurans MH370 Dibolehkan tanpa Sijil Kematian. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



6 Komen:

  1. Balasan
    1. insuran bayo tuh..

      Padam
  2. rasa ringan sikit beban mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok le kan, dah nak jadi

      Padam
  3. Emm bila la misteri ni nak ada jawapan yang tepat ni..emmm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ntah le bro ehh... nmpk gaya cam lama lagi jer..

      Padam