Pantai Batu Burok Terengganu Aku Datang!

Cuti Terengganu - Minggu lepas saya nak keluarga pegi cuti di terengganu. Subang Jaya ke Kuala Terengganu dalam 6 jam. Karak highway - lebuhraya pantai timur - keluar jabor - kemaman - masuk balik lebuh raya pantai timur kat Bukit Besi - exit Kuala Terengganu. LPT belum siap sepenuhnya sebab keluar masuk LPT tuh. Masuk free je, takde tol lagih. Kalau ikut jalan lama tepi pantai lagi best, boleh tengok-tengok pantai kat terengganu - bawak kereta rilek jer baru lah cuti kan. Sebelum ni saya pernah beberapa kali ke Terengganu - The Legend Cherating dan Awana Kijal Golf Resort And Spa. Ini projek cuti sekolah saya dan keluarga.



Cuti Terengganu - Ri Yaz Heritage Resort


Sanpai Kuala Terengganu, cari resort dulu yag dah di tempah awal-awal lagi kat agoda.com ( tak pasti ini harga yang terbaik ke tak ) sebab dah last minit baru nak cari hotel. Kebanyakkan dah penuh. Bagi saya, Primula Hotel terbaik sebab dekat pantai Batu Burok - jalan kaki ajer.





Tip Bercuti di Ri Yaz Heritage Resort Dan Terengganu


1. Minum pagi kat Ri Yaz Heritage Resort ni kena awal sikit, pukul 8 pagi ke sebab nasi dagang cepat habis. Tak sempat nak merasa nasi dagang kat resort nih. Kesian saya. Ada akak tuh, siap marah-marah, ilek ler sapa suruh lambat. Nasi dagang tu feveret guest nak try walaupun tak tahu best ke tidak.



2. Kalau nak beli keropok lekor, saya tak tahu anak rekemen kedai mana. Tapi rasanya sama je cuma sos tu je yang lain. Ikut selera masing-masing ler. Kalau keropok ikan biasa, beli le yang ada cop terengganu sebab walaupun kita kat Terengganu, produk-produk jualan ni ada yang datang dari tempat lain.



3. Tempat makan malam - warong katana. Yang ni saya rekemenkan. Tempatnya bersih baru 2 tahun beroperasi. Nama je warong tapi sebenarnya restoran - menu masakan panas cam tomyam dan ikan 3 rasa tuh. Time-time cuti orang ramai, kena pegi awal sikit kalau tak memang lama menunggu - lebih 40 minit! Sanggup ke?


Harga makanan warong Katana


4. Sebelum cuti ke Terengganu, buat list dulu tempat mana nak pegi jalan mengikut lokasi - baru le jimat masa kan. Buat survey dulu tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu seperti Masjid Kristal, Masjid Terapung, Pantai Batu Burok, Pantai Kelulut Marang, Rantau Abang dan sebagainya.




5. Jangan masuk highway kay Jabor LPT lambat sangat seperti lepas maghrib ke sebab masa cuti sekolah ni jalan jem. Terkena dari lepas tol LPT ke tol Gombak, pukul 1 pagi baru sampai rumah.

Itu lah sedikit tip dari saya sempena cuti di Terengganu - tempat menarik, orangnya baik-baik. Bercutilah di dalam negara kita - Visit Malaysia Year 2014.

* Ngantuk lagi nih.


Terima kasih kerana membaca Pantai Batu Burok Terengganu Aku Datang!. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



4 Komen:

  1. saya juga teringin nak ke terengganu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak tempat menarik bahh

      Padam
  2. Lama tak singgah sini.. Lasr sekali 3 tahun lepas dengan family

    BalasPadam
    Balasan
    1. best jalan2 bro yek

      Padam