Home » » Puasa, Terawih Dan Raya, (Edited Bola)

Puasa, Terawih Dan Raya, (Edited Bola)

Oyeh, Ramadhan dah nak tiba, saya tak ada buat apa-apa persiapan tapi kurma dh ada ler, itu pun orang bagi. Cuma dalam fikiran ni, tahun ni nak lebihkan lagi sembahyang terawih daripada tahun lepas yang tak full. Tempat yang biasa pergi ok la jugak, tak jauh dari rumah. Berbuka puasa kebanyakkan harinya, kat rumah je le - beli kat pasar Ramadhan dan makan kat rumah. Buffet Ramadhan tak pernah pun, tapi kalau makan dekat fastfood atau pun restoran thai tuh, weekend biasanya cam tu lah. Tapi kalau ke buffet ramadhan seperti Buffet Ramadhan Casa Ombak yang ramai orang dok tulis tuh, ok gak nih kan. Ken kira-kira bajet jugak sebab raya nak guna banyak duit nih, balik kampung lagi kan.


Berbaloi ke makan buffet ramadhan?


Bagi saya le, sekali sekala boleh le. Kalau bajet lebih, why not kan. Boleh cuba suasana makan yang lain dari rumah seperti suasana taman ke seperti di Buffet Ramadhan di Casa Ombak, lokasi Casa Ombak ni tengah-tengah KL tapi suasana tempat makan seperti taman, best kan. Lagi best kalau boss belanja, ini paling best la tambah-tambah kalau makan dah best dan kena dengan selera perut kita.


Kena pilih tempat yang ada kemudahan surau sebab waktu maghrib ni pendek je. Layan makan kat tak sempat pulak nak solat - mesti elakkan nih. Biasanya kalau berbuka puasa makan kat luar, sebaiknya berbuka puasa dengan kurma ke, minum air ke lepas tu solat dulu. Lepas tu baru sambung makan. Baru rasa rilek dan tak terkejar-kejar.

Horey...Baju Raya


Belum ready lagih. Ingat tahun ni nak simple-simple jer. Baju jubah pakistan tuh, ala yang labuh sampai lutut tuh, warna putih kain cotton dan seluar dan kopiah lah. Kalau nak ikutkan baju melayu, macam-macam warna ada kat rumah dalam simpanan. Bukan sentiasa pakai pun. rasanya cam membazir le plak. Baik jimat cermat cam Elfira Loy ( tip dia bajet dalam kecantikkan boleh tahan ).

Selamat Berpuasa


Akhir kata, saya dengan rendah hati nak ucapkan selamat berpuasa dan berjimatlah di bulan puasa.


Terima kasih kerana membaca Puasa, Terawih Dan Raya, (Edited Bola). Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



4 Komen:

  1. Balasan
    1. iya betul tuh...

      Padam
  2. Saya pun belum cari lagi persiapan raya. Tunggu masa yang sesuai sikit baru nak pergi cari.

    BalasPadam