Home » , , , , , » Kini lebih senang nak dapat kerja tulis review

Kini lebih senang nak dapat kerja tulis review

Kalau blogger, mesti mengidamkan kerja-kerja menulis review ni kan sebab bayarannya mahal. Sekali tulis review, satu review boleh dapat rm150. Kalau blog yang trafik tinggi, satu review cecah rm500. Kan itu salah satu cara buat duit online dengan blog.

Tulis review ni penting dan kena ada  cara-caranya juga untuk menarik pengiklan mengupah kita menulis review nih. Tetapi susah nak dapat kerja tulis review ni kecuali blog kita ada trafik tinggi. Biasanya blog-blog yang popular selalu dapat kerja tulis review nih. Jika korang mengidamkan kerja-kerja tulis review nih, kini ada cara yang lebih baik untuk mencari pengiklan.


Portal di mana blogger dan pengiklan bertemu


Kini ada harapan untuk blog yang baru nak naik untuk dapat kerja tulis review atau advertorial – buat duit dengan menulis review atau advertorial. Di advertorial.my ada menyediakan harapan ini.

Advertorial.my akan tolong cari pengiklan yang mungkin berminat dengan blog kita dan dapatkan khidmat kita untuk tulis review, tetapi kena daftar dulu dengan advertorial.my. Bila dah daftar, blog kita akan di senaraikan dalam portal tersebut.

Di portal advertorial ni juga, pengiklan akan mendaftar. Jadi Pengiklan dan blogger boleh bertemu di sini. Blogger kena tulis profile secantik mungkin untuk memikat hati bakap pengiklan.


Berapa harga untuk satu review atau advertorial?

Harga bergantung kepada blogger. Blogger letakkan harga, jika pengiklan setuju kerja boleh di lakukan. Ini memerlukan perbincangan dengan bakal pengiklan. Jika blogger letakkan harga tinggi, mungkin pengiklan akan cari blogger lain.

Jadi mainan harga kat sini penting. Jangan letak rendah sangat semata-mata nak tarik kerja review nih. Berpada-pada dengan blog yang kita ada. Mungkin untuk permulaan boleh letak harga rm50 satu review. Ini cadangan sahaja, blog anda, anda yang tentukan.


Komisen untuk advertorial.my


Kosong, iya kosong. Pihak advertorial.my tak ambil sikit pun duit daripada kerja review kita. Semua duit tuh kita punyalah tetapi masa daftar dengan advertorial.my,  kita sebagai blogger kena sedikit bayaran.

Dapat satu kerja review dah boleh cover harga caj nih, serius. Berbaloi untuk mencuba. Mana tahu rezeki kita kat sini – menulis review produk.

Bayangkan, satu review katakana rm 100. Kalau sebulan dapat 3 kerja review, dah dapat rm150 kan. Kalau bandingkan dengan iklan klik-klik kat blog, sebulan tak ramai yang mencecah rm150 ni kan.

Jadi kerja buat duit dengan menulis review atau advertorial boleh di jadikan focus baru untuk blogger macam kita dan juga saya. Buat bersungguh-sungguh untuk dapat pengiklan. Saya rasa, bila dah dapat kerja review yang pertama, yang kedua dan ketiga akan menyusul, percayalah.


Berbaloi ke tak daftar di advertorial.my?

Sangat berbaloi. Portal ni masih baru, persaingan blogger masih kurang jadi kemungkinan nak dapat kerja review nih tinggi. Tapi harus ingat juga, bilangan pengiklan mungkin tak ramai lagi. Saya tak pasti berapa jumlahnya yang dah daftar.

Pengiklan daftar free jer, blogger kena sedikit bayaran. Tetapi pada hemat saya, kalau cuba berbaloi juga daripada maintain di takut yang sama.


Ayuh, tanamkan azam baru nak Berjaya dalam  kerja-kerja review nih. Perubahan bermula dari anda sendiri.


Terima kasih kerana membaca Kini lebih senang nak dapat kerja tulis review. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



2 Komen:

  1. Best juga kaedah ni.
    Bagus untuk di cuba oleh blogger.
    Yang penting ada income dengan blogging nih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti kena ada income. Tahun pertama berblog takde pun takpe lagih, kalau dah thn ke 2, kena cari income baru berbaloi.

      Padam