3 Teknik Pemasaran Affiliate Mesti Jadi

Teknik pemasaran online.  Ramai antara kita yang menulis blog dan cuba mendapatkan duit daripada blog. Tetapi bukannya senang nak dapatduit daripada blog tanpa teknik pemasaran yang berkesan terutamanya teknikpemasaran affiliate sebab dengan affiliate kita boleh jana pendapatan berterusan.

Apakah teknik pemasaran yang biasa  di gunakan dan berkesan? Rami yang tahu dan ramai juga yang belum tahu terutama untuk newbie. Yang tahu pulak pasal teknik pemasaran nih, sama ada malas nak buat atau pun buat dengan bersungguh-sungguh. Manakah kategori kita?

Masih mencari teknik pemasaran affiliate


Mesti korang dah baca dan jumpa teknik-teknik pemasaran affiliate yang di gunakan oleh mereka yang berjaya mendapatkan duit daripada affiliate tetapi korang tidak memperkasakan atau pun korang tak amalkan secara konsisten sebab hasilnya lambat kan.

teknik pemasaran affiliate
Banyak cara buat pemasaran online


Korang silap, baik korang tengok kembali. Kalau korang serius nak buat duit dengan affiliate nih, korang terpaksa buat teknik-teknik pemasaran online nih.

Top 3 Teknik Pemasaran Online 2014

Kumpul Mailing list

Kumpul mailing list nih sangat sesuai untuk kita fokuskan kepada visitor yang tertentu seperti golongan yang cari kerja online, golongan yang cari tutorial blog, golongan hartanah dan sebagainya.
Set satu autoresponder seperti getresponse atau aweber untuk kumpul alamat email. Di dalamnya letakkan beberapa siri email mengenai produk yang hendak di jual. Fungsi-fungsi ni semua ada di dalam autoresponder nih.

Sebaiknya, biasakan diri dulu dengan autoresponder percuma terbaik seperti listwire. Bila dah biasa, baru melanggan autoresponder berbayar seperti getresponse atau aweber, baru lah menjadi dan dapat di gunakan secara maksimun.


Teknik pemasaran Adwords

Bila nak promosikan produk, boleh juga guna khidmat google berbayar seperti adwords. Kita bayar google, dan google melalui adwords akan mempamerkan apa yang kita promosi tuh di bahagian atas keputusan enjjin carian ataupun sidebar.

Bayarkan kalau orang lain cari kat google dan iklan kita akan terletak kat paling atas carian tersebut. Kemungkinan user nak klik tuh sangat tinggi.

Dan kita akan bayar google apabila ada klik sahaja, berbaloi kan. Tetapi awas, mungkin pesaing akan sengaja klik pada iklan tersebut tanpa buat apa2 belian, jadi kos ni kita dah kena bayar. INi kalau pesaing tuh jahat la.

Untuk guna teknik pemasaran adwords nih, kenalah dulu cara optimum nak set adwords nih. Sebab kita sendiri yang akan set semuannya di adwords.

Bacaan lanjut tentang teknik pemasaran adwords…

Teknik Pemasaran SEO

Dengan SEO pun kita boleh buat jualan produk affiliate. Ramai blogger guna car ni sebab cara seo nih free sahaja. Cuma amalkan semasa penulisan artikel teknik-teknik pemasaran seo nih, sepanjang masa teknik ni di amalkan.

Kalau guna adwords tuh, kita akan setkan masa berapa lama promosi nak berjalan – contohnya seminggu ker. Lepas tuh, promosi produk affiliate tuh dah berhenti. Sebab lagi lama kita guna servis adwords tuh, lagi banyak kita kena bayar.

Jadi, bagi saya teknik pemasaran seo lagi sesuai untuk jangka masa panjang tetapi teknik pemasaran adwords sangat sesuai untuk promosi produk affiliate dalam jangka masa singkat seperti semasa mempromosikan produk exam kerja kerajaan online.


Jadi, korang jangan baca sahaja tau, kena amalkan baru lah ada hasilnya. Kalau baca sahaja tanpa tindakan, makan takde lah hasilnya. Alangkah ruginya kalau korang tahu tapi tak buat. Kalau orang tak tahu tuh, lain cerita le kan.


Korang amalkan, saya jamin aka nada sale dari produk affiliate. Saya pun selalu amalkan teknik-teknik pemasaran hebat nih.


Terima kasih kerana membaca 3 Teknik Pemasaran Affiliate Mesti Jadi. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan