Buat Duit Dengan Hartanah

Buat duit dengan hartanah. Ramai orang yang buat duit dengan hartanah seperti jual beli rumah kediaman, beli dan sewakan rumah dan juga melalui rumah lelong. Tetapi kalau melibatkan hartanah, sudah tentulah pada fikiran kita memerlukan modal yang besar. Tak macam buat duit online atau internet yang kadang-kadang tanpa modal pun.

Iya le nak beli rumah, mana ada rumah yang murah-murah sekarang nih di tambah pula dengan nafsu kita yang nak rumah besar walaupun pendapatan kecil. Sebenarnya ada cara-cara yang kita boleh gunakan untuk dapat duit daripada hartanah nih walaupun kita zero tentang pelaburan dalam hartanah nih.

Sebab ramai yang berkongsi tentang pelaburan dalam hartanah nih, bukan sahaja melalui seminar bahkan juga melalui panduan-panduan pelaburan haratah di Malaysia - kita hanya perlu melabur sedikit sahaja tetapi kalau nak join seminar hartanah, pelaburannya haruslah lebih tinggi daripada panduan bertulis pelaburan hartanah.

Buat Duit Jadi Ejen Hartanah


Pernahkah korang terfikir untuk menjadi ejen hartanah? Tak pernah kan. Kat U pun rata-rata pilih kos yang tiada kaitan dengan hartanah - mungkin kejuruteraan, cikgu, akaun dan juga doktor sedangkan kalau jadi ejen hartanah berdaftar nih, pulangannya boleh tahan jugak.

buat duit hartanah
Harga rumah makin menigkat hampir 20% seiap tahun

Cuba bayangkan kalau ejen hartanah dapat 3% daripada harga rumah yang terjual. Kalau harga rumah ialah rm 200 000, makan ejen hartanah akan dapat rm6000. Jumlah nampak banyak macam sebulan gaji untuk senior kan tetapi bukan senang nak jual rumah walaupun sebiji.

Kalau konsisten boleh jual sebulan sebuah rumah pun dah ok. Biasanya, susah nak terjual kecuali ejen hartanah tersebut betul-betul pakar dalam bidang penjualan rumah atau hartanah nih. Kena ada gak skill dan pengalaman untuk jadi ejen hartanah berjaya.

Bercakap tentang pakar hartanah nih, korang boleh lah cari info-info atau pun rahsia ejen hartanah jika betul-betul berminat nak jadi ejen hartanah berdaftar. Seyes caranya tak lah susah sangat.

Cara lulus loan rumah dengan senang


Ada tak cara nak lulus loan dengan mudah? Perlu gunakan kabel bank ke apa? Ada antara bakal pembeli rumah yang nafsunya agak tinggi, nak beli yang mahal-mahal tetapi bagi yang mementing keselesaan memang nak sediakan tempat tinggal terbaik untuk keluarga.

Sampaikan nak buat loan tetapi tak boleh nak lulus sebab komitmen kepada bayaran hutang lain seperti hutang kereta sangat tinggi.

Jadi, adakah cara untuk senang lulus loan rumah? Ada, panduan senang lulus loan rumah ada disediakan.

Tetapi bagi saya le, kalau loan tak lulus tu maksudnya kita tak berupaya untuk buat bayaran bulanan hutang rumah tersebut. Jadi jangan cari le cari pasal untuk buat loan rumah di luar kemampuan kita.

Nanti, nak enjoy dengan keluarga pun tak cukup duit seperti tengok wayang, main boling, pegi jalan-jalan cuti sekolah, yang ni pun tak cukup duit plak nanti. Jadi ukur baju badan sendiri.

Kalau nak senang lulus loan rumah di sebabkan masalah lain, saya setuju. Korang boleh baca dapatkan panduan senang lulus loan rumah.

Soalan lazim kepada lawyer hartanah


Kadang-kadang dalam proses membeli rumah, kita kena deal dengan lawyer. Kalau bidang hartanah bukan bidang kita, soalan apa yang kita nak tanya pada lawyer hartanah? No idea kan.

Sebenarnya banyak soalan boleh di tanya kan kepada lawyer hartanah. Dia boleh bagi jawapan free je sebab tu ialah bidang dia. Kalau korang nak dapatkan servis mana-mana lawyer hartanah, terdapat tip 40 soalan lazim untuk lawyer hartanah.

Ini sebagai panduan bila berhadapan lawyer supaya korang boleh jimatkan mana yang patut. 40 soalan kepada lawyer hartanah, banyak tuh. Sepatutnya korang tahu 40 soalan-soalan yang patut di tanya nih.

Itu antara info-info yang berkaitan dengan hartanah di negara kita. Pelaburan melalui hartanah memang berbaloi dan kita kena start masa muda lagi. Kalau dah tua nak dapat loan pun susah, had limit sampai umur 60 tahun sahaja.

Kalau dah umur 40 tahun, kita hanya boleh buat loan selama 20 tahun sahaja. Jadi harap korang tak buat kesilapan dalama hal ini. Kalau korang muda-muda dah dapatkan rumah, sudah pasti korang kena korbankan sikit kesenangan untuk keuntungan masa hadapan.


Terima kasih kerana membaca Buat Duit Dengan Hartanah. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



4 Komen:

  1. memang dah lama orang buat duit dengan hartanah nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya bro, ramai nak tetapi ramai tak mulakan langkah pertama.

      Padam
  2. Banyak juga ejen akan dapat kalau berjaya jual sebuah rumah ye?Tapi berbaloi dengan usaha la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom ah jadi ejen, dalam 2 minggu dah boleh daftar jadi ejen.

      Padam