Kenapa bisnes baju kurung?

Sebab baju kurung ni pasaranya luas. Mesti setiap orang ada baju kurung kan untuk pelbagai jenis majlis seperti hari raya, kenduri kahwin dan majlis-majlis rasmi. Terdapat pelbagai jenis baju kurung ( Nampak macam sama tetapi berbeza ) dan tak semuanya laris, kena tahu mana yang laris mana yang tak.

Orang perempuan mesti suka baju kurung. Selain pakai baju kurung, apa kata korang jual baju kurung kat kekawan. Kalau dapat pembekal yang boleh bekalkan dengan harga murah, kenapa tidak cuba kan.

Orang sekarang ni malas nak tempah – lambat. Beli yang dah siap, senang dan cepat. Inilah pasaran baju kurung kat Malaysia.

Buat duit dengan baju kurung

Sebenarnya korang boleh buat duit dengan baju kurung ni kalau korang tahu caranya. Modal tak banyak, bawah rm1000 sahaja untuk mulakan jualan dan untuk ambil stok dengan harga murah. Cuma korang kena tahu kat mana nak ambil atau cari pembekal baju kurung nih.

jahit baju kurung
Baju kurung Telok belanga


Kalau ambil dengan pembekal, korang tak memerlukan kemahiran jahit baju kurung pun untuk mulakan bisnes baju kurung nih tetapi kalau tahu menajahit satu kelebihan la. Korang tempah dari pembekal dengan harga peniaga dan jual kembali ke pelanggan korang.

Korang  kena tahu macam mana cara nak letak harga baju kurung tersebut.

Cara jual baju  kurung

Korang tahu tak cara nak jual yang berlesen baju kurung ni macam mana? Kena belajar dan belajar terutamanya daripada peniaga baju kurung sendiri sebab mereka lebih tahu dan berpengalaman. 

Pengalaman penting walaupun korang ada degree, korang kena cari pengalaman gak untuk menjual.
Cara  panjang korang try dan error le tetapi kalau korang nak cepat korang ambil pengalaman orang lain. Korang boleh ambil perkongsian daripada peniaga baju kurung untuk dapat info tentang bisnes sbaju kurung nih.

Melabur sikit untuk mulakan bisnes tak salah. Kalau korang mulakan tanpa ilmu, lagi lah berisiko. Lebih baik kumpul ilmu, yakin dan teruskan langkah seterusnya. Ini boleh meningkat kemungkinan korang akan Berjaya.


Mulakan segera tetapi fahamkan betul-betul apa yang di kongsikan dalam info bisnes baju kurung tuh.


Terima kasih kerana membaca Kenapa bisnes baju kurung?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



8 Komen:

  1. tapi nak kena ada bakat juga nak menjahit nie..macam tangan kau nie..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada bakat menjahit satu kelebihan tuh, kalau takde boleh gaji org buat.

      Padam
  2. Baju kurung ni asasnya sangat simple, tapi kalau tak tahu susah juga nak menjahit

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai yg pandai jahit baju kurung sbb bisnes ni masyuk.

      Padam
  3. meme senang sebenarnya nak jahit baju kurung ni kalau tahu. hoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. time rayer, perghhh tempahan mengunung

      Padam
  4. Ade minat jugak nk belajar menjahit ni. Nak kene ade basic jugak. Kita hny tau mengait je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mengait eh... teringat jarum mengait tuh bentuk dia rare skit.

      Padam