25 Sale Affiliate Lazada Pada 12.12.2014 dan Tips Buat duit Lazada

Buat duit affiliate Lazada. Mesti korang pernah dengan tentang buat duit dengan affiliate lazada kan. Iya, lazada pun ada affiliate jugak seperti ashadee, klikjer dan seangkatan dengannya. Dan juga yang best tentang lazada nih ialah pelbagai produk yang menjadi igauan ramai orang. Hampir semua orang perlukan gajet seperti smartphone asus zen fone 5 contohnya.

Kalau join affiliate ebook seperti ashadee ni, pasarannya lebih kecil tetapi komisennya sangat tinggi. Best juga buat duit dengan affiliate lazada ni, mana taknya banyak betul sale yang lazada buat terutamanya lazada online revolution sale 12.12 yang baru lepas. Sebelum tuh lazada pernah buat mycybersale ( anjuran badan kerajaan kot  - lazada join sama je ) dan hasilnya jualannya sangat membanggakan. Begitu juga komisen lazada untuk affiliate, mesti meningkat.

Lazada Online Revolution 12.12


Masa tengah sale yang lepas, kalau korang log in akaun affiliate lazada percuma korang tuh, ada notis seperti di bawah nih. Memula saya tak perasan notis-notis nih dan saya tak guna pun banner yang di sediakan. Lain kali boleh guna nih sebab banner dia tukar-tukar - memudahkan sikit le.

cara promosi affiliate lazada
Tools untuk promosi 12.12 Lazada
Biasa kalau sale untuk barang elektronik dapat 4% jer ( kalau tak silap ) tetapi untuk masa sale seperti sale 12.12 hujung tahun lazada nih, komisen untuk affiliate di naikkan hingga ke 9%! Fulamak, banyak gak tuh untuk affiliate bukan ebook macam nih. Kalau korang pun nak merasai pengalaman dapat komisen lazada nih, korang daftar percuma dulu affiliate lazada nih.

* daftar percuma affiliate lazada hari ni juga

Maka, masa ni lah saya buat lebih sikit promosi. Boleh baca tips promosi affiliate lazada yang telah saya kongsikan dalam entri yang lepas. Lebih kurang sama je saya praktikkan untuk sale 12.12 nih. Oh ya, bagi yang baru join, cara nak ambil link affiliate pun saya kongsikan juga.

Satu hari 25 sale!


Humakkaii... dalam sehari masa tempoh promosi lazada  online iaitu pada 12.12.2014 yang lepas, saya dapat 25 sale. Ini kira banyak le bagi saya, mungkin sebab di bantu oleh voucher-voucher dari lazada hinggakan saya sendiri pun buat belian. Tak penah-penah beli sebelum ni tapi kali ni memang tak tahan dengan  godaan voucher lazada nih.

komisen hujung tahun lazada
Sale dari affiliate lazada 12.12.2014
Kalau nak buat belian masa lazada buat sale macam nih, korang beli awal pagi maknanya kalau lazada nak buat sale pada 12.12.2014 - pukul 1 pagi tuh korang kena stanby untuk earlybirds voucher. Memang terbaik. Saya monitor selama satu hari tuh, voucher early birds paling jimat dan juga produk-produk masih banyak stok lagih.

[+] Tips Buat Duit Dengan Lazada.

Cuba bayangkan, kalau beli min rm500, boleh guna kod voucher rm100, jimat kan. Jadi standby awal-awal barang apa nak beli dan masa lazada buat sale, gunakan semaksimum mungkin kod voucher yang di sediakan. Harga yang di berikan lazada sama tetapi bila masukkan kod voucher tuh, harga akhir akan berkurangan.

Tips buat duit affiliate Lazada


Kalau nak buat duit dengan affiliate lazada tak semestinya ada blog. Ada blog lagi bagus lah sebeb boleh tulis reiew produk dan juga boleh letak banner kat blog. Kalau takde blog, boleh guna media sosial untuk promosi. No hal takde blog.

Media sosial lebih senang nak buat sale. Kalau nak tahu tips lain cara saya buat sale dari affiliate lazada, boleh teruskan bacaan dengan tajuk kat bawah ni, jangan lupa share dengan kekawan dan musuh korang:



Terima kasih kerana membaca 25 Sale Affiliate Lazada Pada 12.12.2014 dan Tips Buat duit Lazada. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



4 Komen:

  1. yang ni..aku terlepas.

    sibuk sangat. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. byk seminar tuh, nmpk dah mcm yb

      Padam
  2. tips dia, hari sale mesti wall saya penuh dgn promo brg lazada.. hehehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamakk... kantoi cam nih. -_-

      Padam