Cara Analisa Penyata Unit Trust Public Mutual

Unit trust public mutual fund prices. Pelaburan dalam unit trust kena ada strategi juga, jangan main hentam jer. Kena ada kaedah-kaedah supaya dividen adalah maksimun. Sebelum tu, saya nak citer sikit pasal unit trust ni. Dalam unit trust public mutual, ada banyak dana. Katakan anda melabur dalam satu dana, namanya Public Islamic Sector Select Fund - PISSF.

Katalah, pada masa korang mula melabur, satu unit dana PISSF berharga 2.400 sen. Setelah setahun, harga seunit menjadi 2.460 sen. Maka secara mudahnya kat sini, anda dah untung 0.200 sen seunit dana. Jika anda ada 10 000 unit, keuntungan dalam rm ialah 0.060 x 10000 = 600. Kena ada tips melabur dalam unit trust ni.

Itu secara mudahnya lah bagi orang-orang yang biasa melabur dalam unit trust public mutual. Itulah caranya bagaimana keuntungan di jana dalam unit trust di mana dana PISSF tadi akan di gunakan untuk membeli saham syarikat-syarikat berdaya maju.



Cara Analisa Penyata Unit Trust Public Mutual


Public Mutual akan memberikan 2 laporan dalam satu tahun, interim dan final. tetapi adakah jika anda pelabur dalam unit trust public mutual, anda tahu nak baca penyata tersebut. Saya yakin ramai yang tak tahu dan tak ambik tahu pun. Melabur jer, lebih-lebih lagi kalau guna duit kwsp. Tak terasa sangat ada duit dalam unit trust kan.


public mutual bhd
Penyata PISSF 2014
Ok, mari kita buat analisi mengikut kefahaman saya tentang unit trust ni:

1.Unit entitled for Distribution - ini jumlah unit yang anda ada dalam akaun unit trust PISSF
2.Distribution amaunt (RM) - Nilai dalam RM keuntungan anda untuk dana PISSF dalam tahun tersebut.
3.Reinvestment Units - Keuntungan tadi akan di laburkan kembali dalam dana tersebut secara automatik. Anda tak perlu buat apa-apa.
4 dan 5. Harga dana sebelum dividen dan selepas dividen - Harga akan turun selepas pembahagian dividen di mana pada masa ni sesuai sangat kalau anda nak tambah pelaburan sebab harga dah turun ( di harapkan harga akan naik kembali selepas tu).




Jadi, berapa keuntungan dana PISSF untuk tahun 2014:


(Reinvestment Units / Unit entitled for Distribution) x 100
(8538.93 / 83992.59) x 100 = 10.2 % ( secara kasar je ni )

Nampak, kalau keuntungan atas 10% tu kira banyak dah tu kan tetapi pelaburan kena bijak la. Kena tahu bila nak melabur, macam mana nak baga graf prestasi dana dan kena ada info seperti saham apa sesuatu dana tu di laburkan.

Kalau anda memang berminat, anda cuba dapatkan Bongkar Rahsia Unit Trust ni sebab banyak info-info untuk anda fahami jika minat nak melabur dalam unit trust public mutual.

Selamat melabur
/ Analisi ini apa yang saya faham tentang unit trust.


Terima kasih kerana membaca Cara Analisa Penyata Unit Trust Public Mutual. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



2 Komen:

  1. hebat bro..dah pening aku baca nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. budak engineering, biasa2 je no. ni bro ha2

      Padam