Home » , , , » Cara beli guna kredit kad dan voucher di Lazada

Cara beli guna kredit kad dan voucher di Lazada

Korang mesti tahu Lazada kan, portal beli belah online yang tak asing lagi tuh. saya pun dah macam makin suka plak kat Lazada nih. Hari tuh try beli external harddrive kat Lazada, senang je proses dia sebenarnya.

Lagi pun, kalau korang beli online nih, kita boleh bandingkan harga. Kalau masuk bajet, on je le kan. Masa beli external harddrive yang lepas, saya guna cara bayaran ' cash on delivery ' tetapi hari ni saya guna kredit kad Maybank pula.Kali ni saya ada voucher kod jimat rm25.

Kali ni saya cuba dapatkan Asus Memo Pad 7 untuk anak saya. Dah lama tunggu nak beli Asus Memo Pad 7 kat directd ni tetapi malangnya stok takde memanjang. Adehh, directd ni nak meniaga ke tidak. Harga kat sana murah sikit, rm265 sahaja. Murah je kan, untuk budak-budak main game ok le tuh tetapi spesifikasi Asus Memo Pad 7 ni  tinggi gak ler.

Asus Memo Pad 7 Guna Kredit Kad di Lazada


Kali ni saya nak kongsikan cara guna kredit kad pula kat Lazada. Kepada yang masih takut-takut nak guna kredit kad ( maybank, cimb, rhd  dan sebgainya ) Lazada, buang jauh-jauh rasa takut tuh. Sebab last sekali masa order tuh, bank akan hantar verification kad kat telefon kita. Ok le, paling tidak pun rasa selamat le sikit kredit kad kita tuh.

[+] Tips Buat Duit Dengan Lazada.

Nak belian online nih, pada pemerhatian saya le, guna Mastercard lagi berbaloi seperti kat Lazada nih. Tetapi saya ada Maybank2cards visa sahaja, hentam saja ler tetapi saya ada voucher Lazada hasil dari top up Touch n go bulan lepas.


  • Pilih dulu produk apa korang nak beli kat Lazada, saya kali  ni Asus Memo Pad 7.



  • Pilih cara bayaran korang, saya pilih kredit kad. Masukkan Nombor kredit kad dan maklumat yang di kehendaki.

  • Kalau ada voucher diskaun kod, masukkan. Saya ada voucher rm25 untuk belian min rm100. Shipping fee percuma je untuk Asus Memo Pad 7ni.



  • Lepas tuh, bank kredit kad akan minta MSOS Code. Kod ini akan di hantar ke smartphone korang, sama seperti tag nombor gak.


  • Dah siap semua, order summary akan di berikan kepada kita untuk simpanan. Korang boleh print ni kalau nak.


  • Kalau tak nak simpan order summary pun tak apa sebab order confirmation akan di hantar ke email korang.



Senang je nak beli belah kat Lazada nih. Korang jangan takut-takut la tetapi kena berhati-hati jugak guna kredit kad untuk belian online tuh. Nak kena tipu dengan Lazada tu takde le sebab Lazada ni satu syarikat yang besar. Kreadibiliti kena jaga.

Kalau korang ada barang nak beli secara online, try lah Lazada. ader sale sempena tahun baru nih. Beli ikut banner tahun baru kat bawah, mana tahu dapat harga murah.

Lazada Malaysia



Terima kasih kerana membaca Cara beli guna kredit kad dan voucher di Lazada. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan