Unit Trust Public Mutual

Untung ke melabur dalam unit trust Public Mutual? Jeng jeng jeng. Kalau Tanya ejen unit trust memang untung je memanjang. Kat Malaysia ni, yang saya tahu banyak yang sediakan unit trust ni dan yang paling popular ialah Public Mutual dan CIMB Unit Trust.

Unit trust yang teramai pelaburnya ialah  unit trust Public Mutual oleh Public Bank. Unit trust ni bukan skim cepat kaya yer. Ramai yang fikir unit trust ni macam skim cepat kaya kan, salah tuh. Unit Trust p  ni lain skit caranya.

Secara ringkas, konsep unit tust ni ialah pelabur akan membeli dana-dana dalm unit trust. Duit terkumpul dalam dana tersebut akan di gunakan untuk membeli saham-saham syarikat yang berprestasi tinggi sepeti Shell, Maxis dan Celcom. Haa… Nampak tak konsepnya. Tetapi unit trust ni ada kos nya setiap tahun.

Unit Trust Vs Saham


OK, apa pula beza unit trust dengan saham? Ada bezanya unit trust dengan main saham ni. Ada kebaikkan dan keburukan sendiri:

  • Kos melabur dalam saham lebih tinggi
  • Saham perlukan modal lebih besar
  • Saham lebih berisiko walaupun di bandingkan dengan unit trust berisiko tinggi
  • Untung saham lebih banyak jika kedua-dua mencatat untung dalam satu-satu tahun


Ini apa yang saya tahu jer ler yer, saya tak pernah main saham pun tetapi unit trust tuh pernah dan masih melabur dalam unit trust public mutual.

Unit Trust Bukan MLM / Skim Piramid


Ini penting untuk di ketahui, unit trust bukan mlm atau skim pyramid tuh. Anda boleh melabur guna tunai ataupun guna duit kwsp. Kalau guna tunai, kosnya lebih tinggi. Kalau tak silap saya 5.5% dan kalau guna duit kwsp, kosnya 2.75% ( seingat saya le, kalau salah tolong betulkan ).

melabur dalam unit trust public mutual
Info unit trust


Anda boleh melabur melalui ejen unit trust ataupun melabur sendiri di kaunter unit trust seperti public mutual. Takde salahnya kalau tak nak melalui ejen unit trust, sama sahaja. Cuma kalau apa-apa hal, anda kena berurusan di kaunter unit trust sebab anda tiada ejen. Kalau melalui ejen unit trust, anda boleh Tanya ejen unit trust anda.

Ejen pula ada banyak kategori ya tetapi yang pentingnya ambil ejen yang menggunakan software untuk monitor pelaburan anda. Ada ejen yang tidak melanggan software dari unit trust sebab software ni tidak di wajibkan untuk ejen. Ejen kena bayar sekitar rm100 setahun untuk software ini.


Banyak lagi info yang saya nak kongsikan tetapi walaupun saya bukan ejen unit trust. Banyak maklumat tentang unit trust saya dapat apabila membaca info unit trust secara online. Elok anda dapatkan juga info unit trust dalam bentuk pdf ini untuk rujukan dan menambah ilmu tentang unit trust di Malaysia.


Terima kasih kerana membaca Unit Trust Public Mutual. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



2 Komen:

  1. buat mesti ada rezeki kalau caranyakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. daftar jadi ejen jom.

      Padam