Home » , , , » Komisen Lazada Sempena Hari Jadi Ke 3 Lazada

Komisen Lazada Sempena Hari Jadi Ke 3 Lazada

Komisen Lazada, iya komisen Lazada masuk lagi. Seperti yang di ketahui semua, banyak cara kita boleh buat duit tanpa modal dari internet ni. Cuma bagi mereka yang biasa mencari buat duit tanpa modal ni, mereka akan terjumpa dengan salah satu caranya iaitu buat duit dengan Lazada tanpa segan silu.

Kenapa Lazada?Biarkan persoalan tu sejenak bagi korang fikir dulu. Di Lazada ni terdapat banyak produk dari gajet-gajet seperti smartphone hinggalah ke barangan rumah ada dalam Lazada. Jadi cuba korang bayangkan pasarannya, sudah tentu meluaskan.

Dan peluangnya datang bila Lazada telah buka program affiliate untuk semua, iya untuk semua samada korang ada blog ke takde, boleh join affiliate Lazada ni. Perlu saya ingatkan, affiliate ni bukan MLM ya dan juga bukan skim pyramid di mana orang atas bertambah kaya. Bukan, caranya bukan macam tu. Dengan affiliate lazada ni senang je konsepnya, korang promote barang dari Lazada, dapat sale dan orang akan dapat komisen.

Korang juga di berikan satu akaun untuk semak komisen dan juga untuk dapat info terbaru dari Lazada seperti sale baru, bayaran komisen  dan bahan-bahan promosi.


Buat Duit Tanpa Modal Dengan Lazada



Sebelum ni pun dah banyak saya kongsikan dengan korang tentang komisen Lazada ni dan bawah ni komisen terbaru sempena hari jadi ke 3 Lazada yang baru lepas. 3 Sale sahaja yang saya dapat tetapi saya tetap optimis untuk buat duit tanpa modal dengan Lazada ni.

buat duit tanpa modal 2015
3 sale sempena hari jadi ke3 Lazada baru-baru ini
Bila dah dapat komisen, tunggu Lazada approve atau reject. Bila reject ni sebab pelanggan Lazada tak jadi beli sesuatu produk. Dalam akaun kita tetap ada sale tersebut cuba akan di tanda sebagai ‘ rejected ‘ dan komisen pun kita tak akan dapat untuk produk tersebut.

[+] Tips Buat Duit Dengan Lazada.

Kalau dah approve, nanti Lazada akan berikan invoice kepada kita, semua ni ada di tunjukkan di dalam akaun affiliate Lazada bukannya secara hardcopy. Bila dah keluar invoice payment Lazada ni, dalam masa 3 hari payment dari Lazada dah masuk dalam akaun korang. Pastikan korang dah berikan no akaun yang betul dan juga swift code untuk terima bayaran tu. Kalau korang gagal berikan swift kod yang betul, memang korang tak akan dapat bayaran dari Lazada. Ini bukan isu besar sebab senang je nak isikan swift kod tu.

Fakta Bukan Auta Affiliate Lazada

Pendaftaran makin susah – betul ke susah? Iya betul. Masa saya daftar dulu senag sahaja untuk di luluskan. Sekarang ni makin susah sebab ada ruang kosang yang kena isi sampai saya sendiri pun keliru – nak isi apa kat ruang tu.

Min komisen rm50 baru dapat bayaran – ok, min korang kena kumpul rm50, baru akan di berikan bayaran. Maknya satu-satu bayaran affiliate Lazada tu terdapat banyak sale dan komisen yang akan di campur-campur sehingga mencecah min rm50.



Tidak senang nak promosikan  produk Lazada – iya, tak  mudah nak dapat sale. Kena ada teknik-teknik dan baca tip-tip mempromosikan Lazada ni. Saya dulu pun lama tak dapat sebarang sale hinggalah satu ketika terkejut tengok dalam akaun sale penuh satu muka surat dalam satu hari. Tetapi bukan setiap hari seperti tu,  pada ketika-ketika tertentu sahaja.

Affiliate Lazada vs ashadee – saya lagi suka Lazada. Bagi saya lagi senang nak buat duit dengan Lazada berbanding dengan buat duit denganashadee, buat masa ni le. Lain kali tak tahu le pula kan. Jadi saya optimis boleh buat duit dengan Lazada. Boleh focus dengan Lazada jika korang serius nak buat duit tanpa modal tahun 2015 ni, cubalah maintain dengan Lazada. Pasti ada sale di depan korang.


komisen lazada
Pejabat baru Lazada di Kuala Lumpur

Dengan Lazada, Nampak macam ada masa depan untuk bertahan lama. Jadi saya sarankan, focus dengan Lazada. Yang belum cuba, bolehlah cuba sebab produk-produk Lazada ni sesuai untuk sebarang niche blog. Jadi saya simpulkan bahawa, affiliate Lazada ni adalah salah satu cara untuk buat duit online / internet tanpa modal yang boleh di percayai di Malaysia.



Terima kasih kerana membaca Komisen Lazada Sempena Hari Jadi Ke 3 Lazada. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



2 Komen:

  1. Saya pun banyak nak up lagi bab2 affiliate ni.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum terlambat untuk up kan tuan.

      Padam