Home » » 2 Cara Buat Duit Dari Pelaburan Hartanah

2 Cara Buat Duit Dari Pelaburan Hartanah

Pelaburan dalam hartanah ni memang berbaloi. Bagi saya le,  jika anda melabur dalam dalam hartanah, pilihan ini adalah sangat tepat tetapi anda kena ada ilmu dan jangan main ikut orang sahaja.

Nak dapat ilmu dengan pelaburan hartanah ni kena pergi seminar atau baca buku-buku panduan pelaburan hartanah di samping pengalaman sendiri.

Kalau tersilap percaturan, anda tidak akan mampu untuk melibatkan diri dalam pelaburan hartanah walaupun anda mempunyai gaji yang besar - serius ni sebab duit tu habis ke tempat lain. Jadi jika ingin melibatkan diri dalam pelaburan hartanah, sebelum membuat sebarang pinjaman jangka masa panjang, eloklah di fikirkan dulu tentang ilmu hartanah ni.


2 Cara Buat Duit Dari Pelaburan Hartanah


Pelaburan hartanah memang menguntungkan tetapi rata-rata anda memerlukan modal dan besar serta kedudukan kewangan di mata bank yang stabil. Bagi saya risikonya rendah dan berbaloi untuk di cuba.

pelaburan hartanah


Kebanyakkan orang, dah dapat gaji sekian-sekian terus beli rumah besar-besar dan bila terfikir nak melabur dalam hartanah. Macam mana nak melabur jika duit sudah di gunakan untuk membayar pinjaman perumahan yang diduduki sekarang. Kan dah rugi sebab tak boleh nak join sekaki dalam pelaburan hartanah. Kena usaha sikit dapatkan hartanah dari lelongan rumah.

Pendapatan melalui sewa - beli rumah dan sewakan. Jika nak sewakan, saya cadangkan beli apartment/flat lebih untung. Kalau beli teres dua tingkat, sewa mahal dan susah nak cari penyewa. Tetapi untuk teres setingkat, boleh juga buat homestay, ramai orang di luar sana buat macam tu.

Untuk sewakan rumah pun ada risikonya jugak - penyewa lambat bayar, rumah rosak teruk dan sebagainya.

Beli dan jual balik - yang ni memerlukan modal besar sebab anda kena beli rumah dan tunggu setahun dua jual balik denga harapan harga rumah tersebut telah meningkat. Biasanya kalau rumah yang di beli dalam proses buat lagi dan di jual balik setelah siap, harga meningkat sebanyak 20%.

Paling best kalau ada duit dan beli dua rumah sekaligus, jual satu rumah dan boleh gunakan keuntungan itu untuk membayar hutang rumah satu lagi.




Terima kasih kerana membaca 2 Cara Buat Duit Dari Pelaburan Hartanah. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan