Home » » Esok saya nak pergi jalan-jalan Port Dickson

Esok saya nak pergi jalan-jalan Port Dickson

Esok nak pergi ke Port Dickson. Saja je jalan-jalan dengan keluarga. makan angin, makan-makan dan tengok pantai Port Dickson. Saya pilih Port Dickson ni bukan apa sebab dekat dengan KL. Rasanya dalam sejam dah boleh samapai kot dari Subang Jaya. Kalau teringat episod jalan-jalan yang lama, saya suka bercuti di Pahang - Cherating.

Dah lama tak jalan-jalan. Hotel dah booked masa MATTA hari tuh, dapatla diskaun sikit. Jimat sikit duit tu kan. Hotel ni bayaran mahal ooo, makin lama makin mahal. Tambah-tambah kalau hari minggu cuti sekolah public. Nasib baik kali bukan dah beli siap-siap kat MATTA Fair 2015 PWTC.

Kemas-kemas belum lagi ni, jap lagi lah sebab 2D1N jer bukannya lama pun. Tetapi still ada benda gak kena sediakan untuk esok hari seperti:

grand-lexis-water-chalet-port-dickson


kemas barang-barang dan baju - baju anak-anak wife saya kemaskan, baju saya, saya kan bagi yang mana nak bawak la nanti.

kereta basuh - dah 2  minggu tak basuh kereta ni, dah berhabuk dan boleh menulis kan badan kereta dah ni. Kalau nak vakum sekali nak kena basuh kat kedai ni. Kereta keadaan ok kot. Tayar steady, mantap.

Voucher MATTA - yang ni jangan tertinggal pulak, haru nanti kena bayar harga asal. Ada voucher ni boleh la dapat harga diskaun dan dah bayar pun bilik hotel water chalet tuh.

Makanan ringan - belum beli lagi ni.Esok pagi sempat beli sebab nak gerak petang pukul 2 selepas anak balik sekolah pagi. Sekolah petang tarpaksa le ponteng sehari hohoho.

Nanti saya akan kongsikan pengalaman saya di Lexis Port Dickson - menarik ke tak tempat ni ek? Yang bestnya orang kata ada swimming pool dalam bilik.

Banyak juga saya kongsi pengalaman travel saya ni, boleh baca bab travel dengan encikarman kalau sudi.


Terima kasih kerana membaca Esok saya nak pergi jalan-jalan Port Dickson. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan