Home » , , » Kenapa Tak Guna Nuffnang?

Kenapa Tak Guna Nuffnang?

Buat duit dengan Nuffnang. Anda mesti tahu kan pasal nuffnang, rasanya inilah yang paling popular di kalangan blogger di Malaysia. Pergi mana-mana blog biasanya ada Nuffnang ni. Tambah-tambah kalau blogger baru, nuffnang lah pilihan utama.

Kenapa Nuffnang? Kenapa tidak yang lain? Mungkin sebab Nuffnang senang nak approve tidak macam adsense susah nak approve. Nak pasang kod Nuffnang pun senang sahaja dan satu lagi mungkin sebab Nuffnang ni dari Malaysia!.

OK je kalau pasang Nuffnang ni. Ada yang boleh dapat duit konsistan dengan Nuffnang ni. Terbaik la dan ada yang masyuk banyak dengan Nuffnang ni. Nuffnang ada caranya tersendiri untuk bekerjasama dengan blogger untuk berkongsi pendapatan online.

Kenapa Saya Tak Guna Nuffnang


Saya nak kongsi kisah saya dengan Nuffnang sikit la kali  ni. Nuffnang bukan tak bagus, bagus jugak sebab dulu saya pun beberapa cash out dengan Nuffnang ni. Menarik juga la Nuffnang dan memang boleh buat duit dengan Nuffnang ni.

buat duit nuffnang

3 sebab saya tak guna iklan Nuffnang


Tak cukup ruang kat blog - anda tahu lah kan, blog ni kalau tempek ads banyak-banyak serabut le plak. Jadi saya pilih antara adsense ke Nuffnang dan saya terpaksa beralah dengan adsense. Terpaksa ketepikan Nuffnang dulu buat masa ni.


Nuffnang cerewet - mana-mana penyedia iklan pun cerewet kan. tetapi bagi saya Nuffnang ni cerewet tahap dewa. Tetiba je status dari gliteratti jadi status biasa je, nak kesan sebab kenapa pun susah. Kalau status bukan gliteratti, tak perlulah guna Nuffnang. Nak maintain status tu agak susah kecuali anda jangan edit-edit blog ( tulis entri sahaja ).

Double standard - ini bagi pendapat saya la. Sebabnya ialah kalau anda seorang yang popular dan di kenali ramai, anda senang dapat advertorial. Kalau anda tiada siapa-siapa ( tidak di kenali ramai ) maka susah sikit la nak dapat advertorial ni. Advertorial ni bayaran mahal dari biasa. Kalau anda memang terkenal, elok guna khidmat Nuffnang ni, memang boleh buat duit.

Itu sahaja sebab kenapa saya tak guna Nuffnang pada masa ini, tetapi terpulang lah kepada anda nak guna ke tidak. Kalau tiada alternatif lain, guna sahaja Nuffnang tuh, kalau ada yang lain lagi bagus, kenapa tak cuba kan seperti buat duit dengan ads H12 ke.


Terima kasih kerana membaca Kenapa Tak Guna Nuffnang?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan