Home » , » Payment adsense masuk lagi

Payment adsense masuk lagi

Payment adsense. Mesti anda tahu apa itu adsense kan, buat duit online dari google tu. Susah sebenarnya nak memilikki akaun google adsense ni dan lagi susah nak dapat income daripada pengiklanan online seperti adsense.

Walaupun susah camne pun, kalau usaha berjaya jugak. Saya tengok ramai orang tarik trafik dari facebook terutama untuk blog-blog bernichekan lawak dan pelik ni. Sebab niche seperti itu ada kena mengena dengan semua orang. Jadi trafik dari facebook senang nak masuk. Kadang-kadang kalau usha blog-blog macam ni, serentak online dekat 300 user.

Itulah antara usaha yang di lakukan akhir-akhir ini oleh pemain adsense di Malaysia. Ada juga yang smartskit. Tulis entri mengenai benda yang tidak akan luput, maknya hari ni orang cari, tahun depan pun orang cari benda yang sama. Jadi tak perlulah nak sentiasa buat posting kan. Seminggu sekali sudah cukup.



Bayaran Adsense Kali ke 9


Walau apa cara sekali pun, cukup USD100 google akan buat bayaran kepada pemain-pemain adsense ni. Dan termasuklah juga saya.

Kali guna wiretransfer untuk terima bayaran dari google, biasanya saya guna Western Union. Kalau guna Western Union, kena pergi ke kaunter untuk terima bayaran. Kalau melalui wiretransfer, duit terus masuk bank tetapi belum masuk lagi ni walaupun resip dah keluar dalam akaun google adsene.

Tunggu je le dulu kot, dalam proses le tu.

Tips Buat Duit Dengan Adsense


lokasi iklan - pastikan sesuai dengan blog anda. Letak iklan di lokasi yang orang senang nampak, jangan malu-malu.

jenis iklan - gunakan iklan jenis text dan imej serentak. Jika blog anda tu hanya ada tulisan sahaja, letak iklan jenis text je ler.

Rasanya sebelum ni dah banyak saya kongsikan pasal adsense ni, tak tahu apa lagi nak kongsikan. Anda  serach je ler kat ruang search tuh dengan perkataan adsense sebab saya dah letak semua tips adsense dengan label adsense.

Sekarang ni pun dah ramai yang ada akaun adsense, dan masih tercari-cari cara terbaik untuk menjana wang dengan google adsense.




Terima kasih kerana membaca Payment adsense masuk lagi. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan