Home » , » Ikan Bakar Malim - Tempat Makan Di Melaka

Ikan Bakar Malim - Tempat Makan Di Melaka

Ikan Bakar Malim - Tempat Makan Di Melaka. Restoran ikan bakar ni agak famous di Melaka yang terletak di kawasan MITC Melaka berdekatan dengan Mydin Mitc Melaka. Restoran ikan bakar ini menyediakan makanan tengahari untuk anda semua dan terletak di lot kedai hujung ( corner lot ), nak parking pun senang.

Di Restoran Ikan Bakar Malim  ni, terdapat bilik hawa dingin dan tempat makan biasa yang ada kipas – cuaca panas sekarang baik anda guna bilik hawa dingin.

Hidangan istimewa di sini ialah ikan bakar. Di samping itu juga di sediakan juga menu-menu lain dan pelbagai jenis lauk pauk tetapi pastikan anda tidak membazir.


Ikan Bakar Malim
Restoran Ikan Bakar Malim

Jika anda daripada tol Ayer Keroh, terus menuju ke Bandar Melaka hinggalah anda Nampak Mydin mitc di sebelah kanan anda. Trafik light, pusing kanan menuju ke mitc Melaka hingga jumpa round about dan ambil simpang pukul 12 ( jalan terus ) hingga anda Nampak Malim Ikan Bakar di sebelah kiri anda.

Senang sahaja nak cari tempat makan seperti restoran ikan bakar ni.
Untuk makan malam, saya tak pasti kedai ikan bakar Malim ni buka ke tidak tetapi untuk luch terbaik lah kat sini. Ramai kekawan orang Melaka yang rekemen kedai makan ini. Lagipun lokasinya senang sahaja nak cari dan dekat dengan tol sahaja.

tempat makan melaka
Banyak ikan bakar dan best

Jika menginap di mana-mana hotel atau resort di Melaka untuk melihat tempat-tempat menarik di Melaka ni, untuk makan makan saya sangat cadangkan anda makan di Restoran IkanBakar Parameswara di Umbai. Kalau dari Ayer Keroh, perjalanan akan mengambil masa 20-30 minit. Guna waze jika belum biasa dengan jalan-jalan di Melaka.


Untuk Kedai Malim Ikan Bakar ni, saya rasa harganya mahal sedikit untuk makan tengah hari. Jadi semasa mengambil makanan, awas dengan bajet anda.



Terima kasih kerana membaca Ikan Bakar Malim - Tempat Makan Di Melaka. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



2 Komen: