Home » , » MYR429.25 Adsense - Senang je

MYR429.25 Adsense - Senang je

Buat duit dengan google adsense. Ok sekarang ni makin hangat pulak tentang adsense ni walaupun dah lama adsense ni bertapak. Mungkin di sebabkan makin ramai blogger yang dah dapat akaun adsense ni makin seronok pulak main-main dengan adsense ni.

Amacam dah ada akaun emas adsense, kena jaga betul-betul sebab akaun adsense ni mudah kena banned kalau tak ikut syarat-syarat adsense yang agak ketat. Saya pun ada gak langgar syarat-syarat ni tetapi buat masa ni ok lagi lah, tak kena banned lagi. Blog kena banned tu ada lah. Saja nak try and error cari tip terbaik untuk adsense ni.

Pasti ramai yang baru dapat kaun adsense ataupun yang dah lama terkejut, susahnya nak dapat duit dengan adsense ni. Dulu takde akaun, fikir senang nak buat duit dengan adsense ni, bila dah try sendiri, susah gak nak buat duit dengan adsense ni kecuali blog anda trafik tinggi, ok la, senang dapat klik dan pendpatan dari adsense ni.


Pendapatan Adsense May 2015


Kali ni saya nak kongsi sikit pendapatan adsense saya pada May 2015 ( bulan hujung bulan lagi nih ) dan saya ada gunakan teknik-teknik sikit kali ni, tengok tahan berapa lama teknik ni. Kalau sampai bila-bila ok jugak nih sebab boleh meningkat pendapatan adsense dengan drastik. Banyak kisah saya dan adsense ni sebenarnya.

pendapatan adsense may 2015
Pendapatan adsense hinga 21 May 2015
Kalau mula-mula berjinak dengan adsense, anda kena dapatkan dulu USD10 yang pertama. Kalau anda dah dapat ni, maknanya pendapatan dengan adsense akan naik hingga ke USD100. Kalau USD10 pun belum dapat, kena kena belajar lagi tentang adsense - seminar atau pun beli ebook panduan adsense.

Tak pun anda godek-godek la sendiri hingga lah anda jumpa cara terbaik untuk blog anda. Macam saya, saya godek-godek jer sendiri try itu dan ini hinggalah sekarang. Kalau awal-awal dulu memang susah dapat USD1 sehari, lepas tu lama-lama makin naik. Dan ada juga akan turun kembali. Macam tuh adsense.

Kalau adsense kenalkan benda-benda baru, akan bagi kesan kepada pendapatan adsense anda, sekelip mata sahaja. Dan anda kena cari cara baru pulak ataupun tingkatkan usaha mana yang perlu.

Tip adsense dah banyak saya konsikan tetapi satu je tip jahat adsense yang saya belum kongsikan sebab saya tengah buat kajian tentang tip jahat adsense ni. Kan tak pasal-pasal akaun anda kena banned - naya.


Selamat melayani adsense.



Terima kasih kerana membaca MYR429.25 Adsense - Senang je. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



1 Komen:

  1. banyak tu, leh belanja gua cendol semangkuk. haha..

    BalasPadam