Home » » Philea Resort & Spa Melaka - Unik

Philea Resort & Spa Melaka - Unik

Philea Resort & Spa Melaka. Melaka, negeri yang kaya  dan dengan sejarahnya banyak tempat-tempat menarik untuk di lawati. Lagipun Melaka ni tidak jauh dari Kuala Lumpur menyebabkan ramai rakyat-rakyat Kuala Lumpur turun bercuti di Melaka. Biasanya saya kalau cuti akan ke tempat menarik di Terengganu.

Perjalanan dari Subang Jaya mengabil masa selama sejam setengah setelah meredah sikit jem kat Seremban, biasa le tu Seremban memang jem, Keluar tol Ayer Keroh Melaka. Pergi depan sikit, saya rasa dalam 3 km nampak signboard Philea Resort & Spa Melaka di sebelah kiri anda.

Tidak susah nak cari Philea Resort & Spa Melaka ni. Signboard dia berwarna kelabu untuk kawasan pelancongan kan. Dulu saya pernah ke Melaka dan tinggal di Hatten Hotel Melaka.

Sanpai Ayer Keroh dah tengah hari, cari tempat makan dengan tanya kekawan kat fb dan mereka cadangkan Ikan Bakar Malim di MITC.


Phileo Resort Spa Malacca
Philea Resort & Spa Melaka

Review Philea Resort & Spa Melaka


Salah satu resort di Melaka ni bagi saya agak unik. Sebab apa saya kata unik, anda baca fakta bukan auto berkenaan resort and spa Melaka ni sebagai perkongsian daripada pengalaman saya menginap di bilik 3018 di resort ini:

phileo resort and spa Melaka swimming pool
Perghh... santai di tepi kolam dan saya pandai berenang ye.

Welcome drink dan aiskrim - biasa kalau check in hotel atau resort, kita terlupa nak try welcome drink kan. Welcome drink kat sini air soda, boleh telan banyak mana nak minum, pe hal kan, Dan yang bestnya lagi, anda boleh dapat aiskrim percuma! Iya aiskrim tetapi kena minta la bari di beri secara percuma sahaja. Tak banyak dan di letakkan dalam cawab plastik kecil ( lebih besar dari aiskrim yang anda try kat pasar raya tu ).


welcome drink aiskrim phileo hotel melaka
Eh best jugak makan aiskrim ni sebab percuma je.

Di kelilingi suasana ala hutan - resort di Melaka ni dikelilingi pokok-pokok hutan walaupan jaraknya tak jauh dari tol Ayer Keroh Melaka. Bagi anda yang sukakan kehijauan, inilah tempatnya. Tetapi di sebabkan cuaca panas sekarang, mana udara dalam bilik waktu siang pun panas. Kena on penyaman udara lama-lama barulah terasa sejuknya. Satu tip untuk pilih bilik - ambil yang tidak kena panahan matahari, mugkin bilik yang ini sejuk sikit berbanding yang kena cahaya matahari secara langsung.

phileo resort Melaka
Resort ala-ala kabin

Dinding dalam bilik ala-ala kayu - dinding dan atap dalam bilik Philea Resort & Spa Melaka ini di hiasi oleh kayu kayan. Tak pasti kayu ori ke tiruan tetapi pandangan dalam bilik terasa seperti berada di dalam kabin. Banyak pengunaan kayu di aplikasikan di Philea Resort & Spa Melaka ini. Lain dari yang lain ni kan.

room phileo resort Malacca

Ikan bakar Umbai - Resort ni agak jauh daripada Restoran Ikan Bakar Umbai ataupun Ikan Bakar Parameswara. Jaraknya lebih kurang 20km jika tahu jalannya memang boleh sampai cepat. Kalau tak tahu kena on Waze le sebab banyak simpang jalan dari resort ke Restoran Ikan Bakar Parameswara tu. Harga kat sini terbaiklah lebih murah daripada harga ikan bakar di Restoran Samudera Port Dickson.

ikan bakar parameswara umbai
Kerapu Bakar Sambal

Pantai Klebang - juga jarak lebih kurang ke Ikan Bakar Umbai dan memang kena guna waze le. Kalau anda tahu jalan tak apa. Pantai Klebang ni tak boleh mandi ya, tengok-tengok pemandangan boleh lah. Kalau nak mandi kena pergi Pengkalan Balak. Kat sini boleh mandi manda air laut bagi anda yang baru keluar bandar.

map ke pantai klebang

pantai klebang melaka

bustel pantai klebang

Jadi, tak rugi kalau  tinggal kat sini jika anda nakkan suasana resort yang ala-ala kayu gitu. Tetapi jika anda tak duduk kat bilik lama-lama dan suka pergi jalan-jalan kat luar, baik anda tempah hotel yang lebih murah sebab harga bilik hotel ni bagi saya masuk dalam kategori mahal. 


Kalau outstation sebab kerja boleh le sebab syarikat yang bayar. Kalau nak duduk sebagai tempat persinggahan, eloklah cari hotel yang lebih murah sikit kat Melaka ni, Melaka memang banyak hotel dan homestay.





Terima kasih kerana membaca Philea Resort & Spa Melaka - Unik. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan