Home » » Seminar Cium Duit

Seminar Cium Duit

Seminar Marketing. Sekarang ni terdapat pelbagai jenis seminar sama ada online atau tidak. Memang seminar biasanya dapat menarik peserta yang ramai terutamanya jika seminar berkenaan berkenaan dengan duit. Biasa la kan manusia memang memerlukan duit.

Tetapi anda harus sedar, seminar yang macam mana sesuai dengan anda? Jika tidak sesuai hanya membazir masa, tenaga dan wang ringgit.

Untuk menentukan seminar yang sesuai dengan anda, and mesti tanya maklumat lanjut daripada penganjur terlebih dahulu sebelum membayar sebarang yuran. Jika apa yang di ajar dalam seminar tersebut anda telah amalkan dan anda sudah tahu cara nak buat, rasanya seminar yang lain lebih bermanfaat untuk anda.

Seminar oh seminar



seminar marketing online
Ada juga seminar bagi cium duit, adeh.

Meh sini saya nak bocor satu rahsia. Saya tidak pernah pergi seminar. Mahupun seminar untuk buat blog pun. Semuanya saya belajar sendiri dari mula hinggalah sampai sekarang masih banyak lagi yang saya tak tahu. Bukan saya nak eksyen.

Pernah satu kali dulu, seorang kawan internet saya, pergi seminar  marketing online. Tup-tup beliau dah tahu sebenarnya apa yang di kongsikan cuma mungkin tidak amalkan dan ada yang di amalkan. Platform atau software yag di gunakan mungkin juga berbeza.

Jika anda sudah tahu mengenai pengunaan email marketing, pengunaan SEO, pengunaan fbads biasanya seminar akan berkisar tentang benda-benda macam ni je.

Jarang seminar teknikal di adakan sebab kalau teknikal memerlukan masa yang panjang. Mana cukup satu hari untuk set up semua peserta. Kecuali personal coaching. Yang ni lagi best dan bayarannya juga tinggi berbanding dengan seminar internet biasa. Saya pun terasa juga nak pergi seminar untuk meningkat pendapatan adsense, kalau ada.

Jadi hati-hati memilih seminat untuk memaksimumkan pengunaan wang anda.


Terima kasih kerana membaca Seminar Cium Duit. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



2 Komen:

  1. Seminar-seminar ni kena buat background check jugak. Ada seminar yang cerita benda-benda biasa saja dan diketahui ramai cuma mungkin cara penyampaian sahaja berbeza. Pastikan seminar yang disertai berbaloi dengan jumlah yang dibayar. Jangan nanti menyesal lepas seminar.

    BalasPadam
  2. Pergi seminar, dapat ilmu tapi tak amalkan, membazir jugak tu sebab seminar tu berbayar.

    BalasPadam