Home » , » Apa Yang Perlu Tahu Tentang Unit Trust?

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Unit Trust?

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Unit Trust. Unit trust memang terkenal di kalangan mereka yang telah bekerja kerana ejen unit trust ni merata-rata ada. Mungkin kawan-kawan anda juga ada yang jadi ejen unit trust sama ada part time atau full time.

Senang sahaja nak jadi ejen unit trust ni, pergi kelas dan ambil exam. Bila dah lepas boleh buat lesen dan meneruskan aktiviti menerangkan tentang unit trust kepada orang ramai terutamanya kekawan. Kalau anda di dekati oleh kawan anda yang menjadi ejen unut trust, dengar lah dulu penerangan beliau mungkin ada yang sesuai dengan anda tetapi jika beliau hanya bercakap yang baik-baik sahaja, anda kena mula berhati-hati.

Anda pun mungkin berminat untuk menjadi ejen unit trust. Saya bukan ejen unit trust tetapi saya tahu tentang unit trust sebab saya salah seorang pelabur dalam unit trust dengan menggunakan wang kwsp.




Apa Yang Perlu Tahu Tentang Unit Trust



Unit trust atau unit amanah dalam bahasa Malaysia. Saya nak kongsikan sikit apa yang saya tahu dan pernah alami tentang unit trust di Malaysia

Keuntungan tinggi - jangan percaya. Tidak semua dana dalam unit trust memberikan keuntungan yang tinggi. Bagi saya, jika keuntungan melebihi 10% setahun sudah di kira tinggi. ASB untung dalam 7-8 % setahun. Biasanya yang memberikan pulangan yang tinggi mempunyai risiko yang tinggi juga. Katakan untung 12% dan kerugian juga boleh jadi 12% juga sebab unit trust ni ialah pelaburan jangka masa panjang iaitu melebihi 3 tahun. Jika anda mahukan keuntungan kurang dari 3 tahun, lupakan lah unit trust. Melaburlah dalam pelaburan yang lain. ASB tiada risiko.

Tip unit trust - anda boleh dapatkan banyak tip tentang unit trust ni di dalam tip unit trust untuk rakyat Malaysia. Bagaimana unit trust ni berfungsi, cara-cara pelaburan unit trust untuk memaksimunkan keuntungan dan sebagainya. Perkongsian pintar daripada mereka yang menceburkan diri sudah lama dalam unit trust boleh anda dapati di

[+] Tips Unit Trust Terbaik

Anda boleh keluarkan duit kwsp untuk melabur dalam unit trust - iya di bolehkan dan pelaburan jenis ini yang popular. Jika anda gunakan duit kwsp anda, komisen ejen lebih rendah jika anda melabur secara tunai. Sebab tu ejen-ejen unit trust akan mengalakkan anda supaya menggunakan tunai untuk melabur dalam unit trust. Pelaburan anda sama sahaja tetapi caj yang di kenakan pada anda akan lebih tinggi.

Minta free gift dari ejen - jika anda sudah pilih seseorang menjadi ejen unit trust anda, cuba anda minta free gift daripada ejen tersebut. Mesti ejen tersebut akan bagi free gift yang anda minta. Setiap tiga bulan anda di benarkan keluarkan duit kwsp dengan jumlah tertentu untuk di laburkan dalam unit trust sama ada public mutual atau CIMB.

Penyata 2 kali setahun - 2 kali penyata setahun untuk anda tahu perkembangan tentang dana unit trust yang anda langgan. Anda boleh tanya ejen unit trust anda sekiranya anda tidak faham tentang penyata unit trust anda.

Jadi, jika anda mempunyai tunai, saya sarankan anda laburkan dalam ASB dan bukan unit trust.






Terima kasih kerana membaca Apa Yang Perlu Tahu Tentang Unit Trust?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan