Home » , » Kos Wire Transfer Payment Adsense Guna Maybank

Kos Wire Transfer Payment Adsense Guna Maybank

Payment Adsense Guna Wire Transfer Caj RM5 Maybank. Terdapat pelbagai kaedah untuk menerima bayaran daripada google untuk payment adsense. Jika anda ada akaun adsense, masa ni best sikit sebab ringgit jatuh jika di banding dengan USD, maka pendapatan adsense anda akan lebih banyak.

Bayaran minimun untuk adsense ialah USD100 dan pastikan anda telah mengemaskini cara untuk terima bayaran daripada adsense. Terdapat dua cara yang popular di Malaysia iaitu guna Payment Adsense Wire Transfer dan terima bayaran adsense guna Western Union. Kedua-dua cara ini boleh di gunakan cuma kalau terima bayaran adsense guna melalui Western Union, kena pegi bank ataupun pejabat pos dan tiada kos di kenakan. 

Tetapi jika anda gunakan cara untuk terima bayaran google adsense melalui Wire Transfer - wang anda di masukkan terus ke dalam akaun bank - ada caj yang anda kena bayar ( di tolak terus dari pendapatan adsense anda ).



Caj Untuk Terima Bayaran Adsense Melalui Wire Transfer


Berapakah caj yang di kenakan untuk menerima bayaran adsense melalui Wire Transfer? Meh saya kongsikan pengalaman saya setelah saya tukar setting untuk menerima bayaran melalui Wire Transfer. Biasanya saya keluarkan pendapatan adsense ikut Western Union.


caj bayaran adsense guan wire transfer

Caj yang di kenakan adalah sebanyak rm5 sahaja. Boleh di terima sebab tak perlu susah-susah untuk pergi bank atau pejabat pos, nak kena isi borang lagi, kena ambil nombor lagi kan.

[+] Adsense ikut Youtube??

Caj wire transfer sebanyak rm5 ni jika guna Maybank, kalau ikut bank lain tak pasti sama ke tidak. Tetapi caj ni bagi saya adalah min dan boleh di terima untuk memudahkan anda menerima bayaran daripada adsense.

Pastikan swift code yang anda gunakan adalah swift code cawangan bank di mana akaun bank anda di buka. Jangan guna swift code bank utama di Kuala Lumpur - gunakan swift code cawanan bank terlibat.

Jika anda belum lagi pun mendapat USD10 dalam akaun adsense anda, anda boleh baca pengalaman saya beradsense serta tip-tip adsense yang saya berikan.

Jangan berputus asa.




Terima kasih kerana membaca Kos Wire Transfer Payment Adsense Guna Maybank. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



10 Komen:

  1. salam bro,
    klu swift kod maybank kl, duit tak boleh transfer ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya belum pernah guna maybank kl, saya guna maybank cawangan. Bro boleh dpt swift code cawangan seara online.

      Padam
  2. maybank akaun cawangan putrajaya, carik takde plak code untuk putrajaya. So aku pilih untuk western union je la.

    BalasPadam
  3. saya cari pun tak jumpa. Kalau nak juga, call maybank putrajaya tanya kod. Putrajaya dgn Cyberjaya dekat bro, ngeteh bro lepas pose ni kat terminal.

    BalasPadam
  4. haha boleh no hal, tapi tunggu aku balik Malaysia nanti bulan 8. Aku pun nak belajar tips jugak dengan otai adsense

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi jauh beno merantau, keje petik anggur ke apa ni bro? ke belajar?

      Padam
  5. salam nak tanya , swift code maybank Alam Damai takde, so saya letak code MBBEMYKL , sbb ada blogger lain kata code ni terima semua branches Maybank,

    Soalan kedua ,
    kalau ad sense kita yg sdh terkumpul 3000$ boleh ke kita keluarkan 2000$ sahaja , 1000$ lagi kita simpan dlm acc adsense ? saya guna khitmat wire transfer sbb bnyak sangat kalau nak keluarkan di WU ,

    BalasPadam
    Balasan
    1. afiq, boleh guna yang kl tu. Pasal adsense tu, kalau belum set nilai utk bwk keluar, bolah lah set ke USD2000 tu. INsyaallah boleh keluar sebanyak tu.

      Padam
    2. ok terima kasih masta :D

      Padam
    3. bukan free tu ya, kena banje aku air kelapa sebijik -_-

      Padam