Home » » Mana Lebih Berbaloi – Unit Trust Ke ASB ?

Mana Lebih Berbaloi – Unit Trust Ke ASB ?

Unit Trust Vs ASB. Ramai juga yang masih tertanya-tanya, kalua melabur mana lagi untung – melabur dalam unit trust ke dalam ASB ( Amanah Saham Bumiputera ). Entri kali ini akan mengupas pelaburan di dalam kedua-dua jenis pelaburan ini.

Unit trust memang terkenal di kalangan pekerja-pekerja di negara kita kerana ejen unit trust ni ada di mana-mana. Ini adalah salah satu factor di mana unit trust ni terus boleh menghampiri penduduk di Malayisa tetapi berbaloikah melabur di dalam unit trust sebenarnya?

ASB pula sudah terbukti keberkesanannya di dalam emberikan dividen yang tinggi sehingga 12% satu ketika dahulu. Sekarang dividen ASB sekitar 7-8% sahaja tetapi di kira masih tinggi bila di fikirkan factor-faktor yang lain.

Jadi, mana lagi berbaloi, dengan kata lain yang mana lebih untung – melabur dalam unit trust ke melabur dalam ASB?


Memahami Unit Trust Dan ASB

Unit Trust Dan ASB

Anda kena ingat, untuk melabur dalam unit trust ni anda memerlukan wang yang banyak ( berbanding dengan ASB ) dan juga terdapat yuran yang kena anda bayar setiap tahun. Lagi satu kecairan dana unit trust ni lebih lemah berbanding dengan ASB.

Unit trust adalah satu pelaburan jangka masa panjang ( melebihi 3 tahun ) di mana kalau anda hendak melabur dalam unit trust dalam masa kurang 3 tahun, unit trust tidak sesuai untuk anda. Bagi ASB pula, anda boleh buka akaun bila-bila di mana-mana sahaja ejen ASN berdaftar seperti di Maybank, CIMB dan Pejabar Pos. ASB setiap tahun pasti ada keuntungannya.
Rahsia unit trust!

Untuk menambah pelaburan dalam ASB, anda hanya pergi ke ejen-ejen ASB tersebut dan mengisi satu boring untuk menambah pelaburan dalam ASB – cukup senang. Tidak macam unit trust, lebih banyak borang perlu di isi ( biasanya di isi oleh ejen unit trust, anda hanya tandatangan sahaja ). Untuk menambah peburan mengguna wang tunai, bila-bila masa sahaja boleh di buat tetapi kalau menggunakan duit kwsp, setiap 3 bulan sekali di benarkan dengan pengiraan yang tertentu.

Dari segi risiko pula, ASB boleh di katakana tiada  risiko kehilangan wang anda malah setakat ini keuntungan di berikan kepada anda setiap tahun. Cara pengiraannya ialah, jumlahkan semua jumlah wang di akhir setaip bulan selama setahun, dan bahagikan dengan 12 bulan. Nilai ini nanti akan di darabkan dengan peratus dividen apabila di umumkan oleh PNB. PNB juga memberikan bonus k epada pelabur ASB di mana lagi lama anda melabur, bonus anda akan lagi tinggi dengan nilai pelaburan yang sama.

Unit trust anda akan menanggung risiko yang besar jika anda melabur dalam dana ekuiti di mana dalam dana ini, pulangan juga tinggi ataupun kerugian juga tinggi, Sebab itulah risiko melabr dalam unit trust dana ekuiti adalah tinggi. Jika hendak risiko rendah, melaburlah dalam dana yang lain di mana pulangan dan risikonya rendah dan ini hanya sesuai untuk golongan yang sudah berusia lanjut di mana mereka tidak berupaya menangung risiko yang tinggi. Golongan muda biasanya di galakkan melabur dalam dana yang agresif.


Itulah serba sedikit tentang unit trust dan ASB di mana tidak adil bila di bandingkan antara kedua-dua jenis intrumen pelaburan ini kerana kedua-dua berada dalam kategori yang berlainan.



Terima kasih kerana membaca Mana Lebih Berbaloi – Unit Trust Ke ASB ?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan