Home » , » Kos Servis Toyota Altis Untuk Di Masukkan Dalam Bajet Anda

Kos Servis Toyota Altis Untuk Di Masukkan Dalam Bajet Anda

Kos Servis Toyota Altis. Promosi kereta-kereta Toyota 2015 sedang berjalan, baik anda survey-survey jika sudah lama berminat untuk mendapat kereta Toyota. Saya tidak mengatakan bahawa kereta Toyota ni bagus, sebab kereta Honda pun bagus jugak dari segi masing-masing.

Tetapi ketika promosi, eloklah kalau nak tahu lebih lanjut. Tanya juga mengenai kos untuk servis kereta idaman anda. Biasanya kalau survey-survey kereta untuk di beli, kita lupa untuk tanya mengenai kos untuk servis kereta tersebut. Ada juga keadaannya, jurujual kereta tidak mengetahui mengenai kos servis.

Tetapi yang baiknya tentang Toyota ni, tempat pameran berada di lokasi yang sama dengan tempat servis. Jika jurujual kereta tidak mengetahui kos servis kereta, anda boleh berjumpa dengan servis advisor untuk bertanya mengenai kos servis. Mereka sudah ada jadual sehingga ke beberapa ratus km supaya anda boleh masukkan sekali ke dalam bajet bulanan anda.



Kos Servis Toyota Altis


Di sini saya kongsikan sedikit mengenai kos untuk servis kereta Toyota Altis. Anda boleh lihat sendiri sebelum anda membeli kereta ini. Jangan lupa tengok juga bahagian milage ( km ).




Kalau ikutkan jadual di atas, servis biasa adalah berada pada nilai rm200 lebih sikit. Sederhana servis pada rm400 dan major servis adalah berhara dalam rm1000.

Major servis ni setiap 80 000 km. Anda boleh servis setiap 10 000 km mebikut jenis minyak hitam yang anda gunakan. Saya cadangkan, anda gunakan minyak hitam untuk 10 000 km supaya tak terlalu kerap untuk menunggu kereta di servis yang biasanya akan mengambil masa selama 2 jam.

Anda boleh buat appointment secara online atau pun call dulu pusat servis. Kerja-kerja servis ni di tutup pada hari Sabtu dan Ahad - ada pusat servis yang buka pada hari Sabtu. Jadi ikut keselesaan anda la kan.

Semua kos dan jadual servis anda boleh semak secara online di mytoyota.com.my. Tak perlu simpan kertas-kertas servis tuh.



Terima kasih kerana membaca Kos Servis Toyota Altis Untuk Di Masukkan Dalam Bajet Anda. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan