Home » , » Promosi Toyota Altis

Promosi Toyota Altis

Promosi Toyota Altis 2015. Adakah masa sekarang ni ialah masa terbaik untuk beli kereta? Selagi mampu boleh je nak beli kan, kalau tak mampu, sabar dulu. Kumpul duit dulu baru le beli, tak gitu.

Syarikat kereta seperti Honda dan Toyota ni kalau buat promosi memang tak boleh nak elakkan. Ada orang kata, baik beli keta yang bayar bulan-bulan murah jer, lepas tu duit lebih boleh buat melabur dalam hartanah. Ok gak ni kan. Melabur dalam hartanah boleh masyuk gak dalam jangka masa panjang. Kenapa tidak kan.

Saya pernah tanya seorang sahabat yang buat seminar pelaburan ni, kalau anda ada komitmen tinggi dan bayaran pinjaman cantik tetapi tiada cash untuk melabur dalam hartanah, beliau cakap boleh melabur dalam hartanah seperti rumah baru dan downpayment rendah di bawah 10k. Bagus jugak idea beliau ni - seorang yang berpengalaman dalam hartanah.

Test drive Toyota Altis



Toyota Altis ni kan, kalau anda pernah cuba la, minyak jimat, memang jimat tak sepadan dengan cc nya. 1.8 pun masih jimat. Kalau nak jimat lagi, jangan bawak lebih dari 140 km/j. Nanti kan ada satu meter yang kontrol jika anda dalam mode jimat ke tidak.

Pemanduan Toyota Altis ni smooth je, senang nak handle dan stereng pun sudah tentulah senang nak pulas kan. Saya tak nak guna ayat-ayat yang berteknologi sebab mungkin ada yang tidak memahami, cukup saya kongsikan pengalaman test drive Toyota Altis saya yang lepas dalam ayat yang mudah sahaja.


Ekon mantap - 140 000 km tak servis lagi pun tak apa, maksud tak apa ialah masih ok dan sejuk. tetapi sepatutnta kena ikut jadual servis la kan. Kalau nak jimat tak payah servis tetapi ada risikonya. Ekon memang sejuk, tak perlu buka sampai 24 C, membazir jer.

Servis mahal sikit le terutama major servis 80 000 km, mahu lebih rm1xxx sebab segala jenis minyak nak kena tukar. Kalau tak delay pun boleh tetapi kena le tukar kan. Kalau ikutkan 80 000 km punya perjalanan, dah 4 tahun tu kalau ikut standard pengunaan kereta la iaitu 20 000 km untuk setahun.

Promosi Toyota Altis




Promosi senag berjalan ni, kalau agak-agak dah lama survey antara Honda Civic dan Toyota Altis tuh ( biasanya ramai yang bandingkan dua jenis ni ), buatlah pilihan terbaik. Meter Honda Civic cantik berbanding dengan Altis.

Promosi Toyota Altis - cash rebate rm 4000. Boleh la kalau nak ambil. Kalau nak tunggu lagi kan habis pula promosi ni. Jalan jauh best ni. tetapi Totoya Altis ni kan, seat dia macam kecik jer.




Terima kasih kerana membaca Promosi Toyota Altis. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



4 Komen:

  1. mampu tengok je lah. haha

    BalasPadam
  2. belum masanya lagi tuh bro, lama2 nanti boleh le ambik satu.

    BalasPadam
  3. best ada promosi, tp setakat ni belum mampu nak pandang altis, vios mungkin la, hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. umur muda lagi tu bro, lama-lama kalau pandai menyimpan, boleh tuh.

      Padam