Home » , » Sebab Komisen Lazada Lambat Di Bayar Selesai

Sebab Komisen Lazada Lambat Di Bayar Selesai

Sebab Komisen Lazada Tidak Lambat Di Bayar. Betul ke komsien Lazada lambat masuk? Iya memang betul jika anda salah setting. Lazada ni penyedia affiliate yang makin hebat sekarang ni sebab pelbagai produk di sediakan dalam akaun Lazada untuk memudah anda membuat sale dan mendapat komisen dari Lazada ni.

Tetapi ramai yang kecewa kerana bayaran untuk affiliate Lazada katanya lambat masuk. Saya pun telah mengalami masalah yang sama setelah mengubat sedikit setting dalam akaun Lazada. Nak tahu apa yang saya ubah, baca sampai habis ya.

Di akibatkan komisen lambat masuk, ramai blogger yang malas nak teruskan promosi  produk Lazada ni sedangkan kalau ikutkan pengalaman saya sendiri, bayaran komisen Lazada sangat cepat, tak sampai 3 hari daripada tarikh invoice keluar di akaun Lazada. Kenapa bayaran komisen boleh lambat?


Sebab Komisen Lazada Tidak Lambat Di Bayar


komisen ke 3 lazada june 2015


Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Masalah yang saya temui ialah kerana swift code bank anda untuk terima bayaran. Anda perlukan swift code ni jika anda hendak menerima bayaran daripada luar negara dan bayaran komisen Lazada ini adalah dari Thailand bukan dari Lazada Malaysia.

Setelah 2 komisen berjaya di perolehi dari Lazada dalam waktu yang yang tak lama sangat setelah saya isikan swift code Maybank KL dalam akaun Lazada saya walaupun akaun Maybank itu adalah daripada Maybank Shah Alam.


Tetapi, satu hari selepas komisen ke 2 Lazada, saya ubah swift code ke swift code Maybank Shah Alam dan apa yang berlaku, bayaran komisen saya tidak masuk walaupun sudah mencapai min untuk bayaran RM50. Kenapa ini boleh berlaku? Apa yang saya ubah hanya swift code bank sahaja.

Maka saya simpulkan, untuk akaun Maybank, anda boleh gunakan swift code Maybank KL sahaja untuk terima bayaran dari Lazada.

Minggu lepas, saya tukar kembali swift code tu ke Maybank KL dari swift code Maybank Shah Alam, dan komisen Lazada ke 3 sudah masuk.

komisne lazada

Pada hemat saya, inilah masalah komisen Lazada lambat masuk. Jika anda menghadapi masalah yang sama, cuma ubah swift code bank tu ke bank di Kuala Lumpur.

Selamat mencuba.

Jika anda serius untuk buat duit dengan Lazada, sila dapatkan Tips Buat Duit Dengan Lazada hasil pengalaman sata sendiri. Terima kasih.

[+] Tips Buat Duit Dengan Lazada.




Terima kasih kerana membaca Sebab Komisen Lazada Lambat Di Bayar Selesai. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



2 Komen:

  1. akaun lama memang lambat gila.

    akaun baru, memang cepat biasanya.

    BalasPadam
  2. Komisen saya juga lambat masuk Encik, Invioce dikeluarkan tanggal 08 06 2015, tapi hingga hari ini ( 24 06 2015) belum juga masuk.

    BalasPadam