Home » , » Tiga Cara Terbaik Buat Duit Online Yang Anda Kena Cuba

Tiga Cara Terbaik Buat Duit Online Yang Anda Kena Cuba

Buat duit online dengan percuma. Ramai orang suka buat duit secara online sekarang ini, tidak macam dulu-dulu di mana cara buat duit secara online dan percuma belum meluas lagi. Buat duit online ni bukan sekadar menambahkan pendapatan anda tetapi juga memberikan satu kepuasan bila berhadapan dengan computer anda.

Tidak dinafikan, agak susah untuk mendapatkan duit secara percuma dan melalui internet tetapi benda ini tidak mustahil boleh di lakukan malah dapat di lakukan dengan senang sahaja jika anda tahu caranya. Caranya untuk mendapatkan duit secara online ini terdapat pelbagai cara dan akan kongsikan dalam entri kali ni. Mesti anda rasa teruja untuk mengetahuinya.

Terdapat pelbagai cara untuk menjana duit online. Anda kena cuba dan anda akan jump acara yang sesuai dengan anda sebab bukan semua cara sesuai. Anda kena cuba dulu baru dan lama-lama anda akan jump acara yang sesuai dengan anda – dengan masa anda, dengan kemahiran anda dan juga dengan sumber-sumber yang anda ada.


Tiga Cara Buat Duit Online Yang Patut Anda Cuba

jana wang online

Memang terdapat banyak cara untuk jana duit internet ni tetapi saya cadangkan anda cuba tiga cara ini dahulu dan tengok keserasian anda bagaimana. Nak cuba ni pun bukan ambil masa sehari dua untuk Nampak hasilnya, sekurang-kurangnya anda tunggu dulu selama tiga bulan. Kalau tiada hasil, barulah anda cub acara yang lain pula.

Buat duit dengan google adsense – tidak di nafikan caya ini adalah yang terbaik bagi saya. Kalau di awal penglibatan saya dengan adsense, setahun baru dapat pendapatan adsense, kemudian lebih cepat dan semakin cepat. Sekarang ni hamper setiap bulan saya dapat pendapatan dari google adsense.

Caranya senang sahaja tetapi trafik blog anda kena tinggi dan juga niche blog anda kenalah mengenai perkara-perkara yang mahal seperti loan, insurans, lawyer dan kesihatan. Iklan-iklan adsense dalam niche  ini memberikan pulangan yang lumayan kepada anda. Kalau anda belum berjinak-jinak lagi dengan google adsene, eloklah anda dapatkan info tentang google adsense.

Buat duit dengan affiliate – cara ni pula adalah anda mempromosikan produk orang lain ( biasanya produk digital seperti ebook  ) dan setiap sale yang di hasilkan, anda akan di bayar komisen sebanyak 30% - 60%. Penyedia produk digital seperti ashadee.com terdapat banyak produk digital seperti ini dan anda pilih yang sesuai dengan niche blog anda supaya promosi anda terus kepada kumpulan sasar.

Cara ini juga memberikan pulangan yang baik walaupun agak sukar untuk mendapat sale yang pertama. Bila dah dapat sale pertama, sale seterusnya untuk produk  yang sama akan menyusul. Cara untuk mencuba buat duit dengan affiliate telah saya kongsikan secara asasnya.

Selain daripada itu, buat duit dengan Lazada juga termasuk dalam bahagian affiliate ini. Mesti cuba ni sebab banyak tip yang saya kongsikan dalam bab Lazada ni. Malah saya juga turut menyediakan panduan dalam bentuk pdf untuk affiliate Lazada ni.

Buat duit dengan 8share – cara ini lebih senang sebab anda tidak memerlukan blog pun. Anda bloh promosi melalui facebook sahaja dan inilah cara terbaik. Anda Cuma kena mahirkan diri di dalam mencipta ayat-ayat promosi untuk menarik jumlah klik yang banyak dari user facebook. Setiap klik anda akan di bayar 20sen dan nilai ini adalah tinggi untuk system pay per click. Sila baca maklumat lanjut tentang jana duit online dengan 8share.


Tidak salah mencuba dan tiada bayaran pun di kenakan. Semua ketiga-tiga jenis cara buat duit online yang saya kongsikan ini adalah percuma sahaja dan saya harap anda cuba dengan bersungguh-sungguh. Orang lain boleh jana duit dengan tiga cara ini, sudah tentu anda pun boleh.


Terima kasih kerana membaca Tiga Cara Terbaik Buat Duit Online Yang Anda Kena Cuba. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



1 Komen:

  1. bukan senang tu.

    tapi kena cuba gak, baru tahu dapat hasil ke tidak.

    BalasPadam