Home » » Permohonan Rumah PR1MA Yang Baru DiBuka - Sila Pohon Cepat

Permohonan Rumah PR1MA Yang Baru DiBuka - Sila Pohon Cepat

Kediaman sangat penting untuk kehidupan kita. Hendak memilikki rumah bukanlah sesuatu yang senang sebab harga rumah setiap tahun akan meningkat secara kasarnya dalam 20% ( tengok pada lokasi ). Ikan pula nak melabur dalam hartanah, nak memilikki rumah pun sesuatu yang agak mustahil kecuali anda mempunyai pendapatan yang banyak.

Sebelum ini saya pernah berkongsi mengenai cara dapat rumah lelong dan juga panduan untuk ejen atau bakal ejen hartanah di dalam penguruskan kerjaya sebagai ejen hartanah yang berjaya. Memang bidang hartanah sangat luas dan dengan itu juga lah pelbagai jenis hartanah yang terdapat untuk di jual beli.

Berbalik kepada rumah pr1ma tadi, memang perumahan ini di tunggu-tunggu kerana kosnya lebih murah daripada kos sebenarnya ( harga tanah di kurangkan atau di hapuskan ). Kalau di lokasi bandar dan maju, susah nak dapat lokasi yang strategi kerana kebanyakkan tempat kawasan bandar sudah penuh tetapi bagi negeri-begeri yang pesat membangun, boleh dapat lokasi yang strategi.

Permohon Rumah Pr1ma Di Buka Untuk Tempahan


Beberapa jenis perumahan pr1ma dan lokasi di pelbagai negeri telah di buka sekarang ini. Cara nak mohon senang sahaja.

rumah pr1ma baru

Anda kena daftar dulu di pr1ma.my dan penuhkan maklumat yang di minta termasuk jenis rumah yang anda hendakki. Setiap rumah sudah tentu ada kriterianya untuk pemohon patuhi. Setelah anda isi maklumat yang di perlukan dan memberikan salinan ( upload ) maklumat seperti kad pengenalan dan slip gaji, dan jika ada rumah pr1ma baru di buka, anda akan di maklumi melalui email.

Baca : Perumahan Pr1ma Official

Anda kena mohon dengan maklumat yang telah anda isikan sebelum ini ( isi sekali sahaja ). Katakan anda berjaya, pihak pr1ma akan menyemak balik maklumat diri anda betul ke tidak, jika betul, anda bolehlah mencari penyedia kewangan iaitu bank. Jika tiada apa-apa masalah, permohonan anda memliliki rumah pr1ma sudah berjaya.



Terima kasih kerana membaca Permohonan Rumah PR1MA Yang Baru DiBuka - Sila Pohon Cepat. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



1 Komen: