Home » , » Cara senang cari idea untuk tulis blog

Cara senang cari idea untuk tulis blog

Bagi blogger, untuk menulis satu-satu post tu agak sukar dan memerlukan masa yang banyak kecuali post yang hendak ditulis tu memang mengenai benda-benda yang menjadi kepakaran blogger. Kebanyakkan blogger adalah seperti pencerita dan jarang menulis menggunakan sepenuh hatinya sebab blogger pun mendapat idea penulis daripada bahan bacaan lain.

Takpe le, itu cara masing-masing. Hendak menulis post yang berkualiti memang memerlukan usaha lebih. Kalau hendak merepek-repek tu memang lah senang kan, hanya masukkan keyword yang hendak di target dan yang lainnya gunakan lah bahasa yang santai pun ok. Asalkan keyword tu di tulis dengan baik, betul ejaannya.

Ramai yang saya tengok, bijak bermain dengan keyword. Memang boleh kesan kalau sesuatu entry tu nampak santai penulisannya tetapi bila masuk bab keyword, tulisan terus jadi skima skit. Takpun kalau post tuh tentang review produk affiliate, memang berbeza dengan cara penulisan untuk buat post biasa-biasa.

idea tulis blog

Cara senang cari idea untuk tulis blog


Caranya sangat senang. Ambil cerita-cerita kat viral kat facebook. Tahukah anda, apa yang sedang viral kat facebook, pada hari pertama tak pengguna facebook menerima berita tersebut ( berita itu belum muncul kat wall ). Mungkin hari ke atau ke 3 akan lebih meluas lagi berita itu tersebar.

Anda sebenarnya boleh buat duit dengan menulis, tapi kena tahu caranya supaya jalan yang anda ambil adalah jalan terpantas!
- Ayahanda, Cyberjaya 19 Ogos 2015

Jadi jika anda rasanya. anda menerima sesuatu berita viral itu di kalangan pengguna facebook yang terawal, anda boleh gunakan berita ini untuk di buat post kat blog anda.

Gunakan ayat sendiri dan  sudah tentulah gambar atau video anda boleh gunakan yang dah sedia ada di facebook. Inilah cara senang untuk cari idea update blog anda. Salah ke cara ni? Bagi saya tidak salah sebab banyak post blog pun adalah mengenai benda yang sama, hanya ayat-ayat yang di gunakan sahaja berbeza.

Dan isu-isu yang viral telah terbukti dapat menarik minat orang untuk ambil tahu, jadi trafik boleh masuk ke blog. Cuma nasihat saya, jika mahu sesuatu isu viral itu terjah wall anda lebih cepat dari pengguna facebook lain, anda kenalah aktif kat facebook, like dan join lebih banyak group supaya nanti takde lah anda update blog mengenai cerita yang dah ramai orang tahu.

Jom update blog.


Terima kasih kerana membaca Cara senang cari idea untuk tulis blog. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 Komen:

Catat Ulasan