Home » » Tip untuk membeli rumah pertama dengan segera!

Tip untuk membeli rumah pertama dengan segera!

Semua orang mahu memilikki rumah masing-masing sama ada mampu atau tidak. Membeli rumah pertama adalah satu kemahuan semua terutamanya yang baru kahwin dan baru bekerja setahun dua. Memilikki rumah boleh juga menjadi lambang kepada pekerjaan anda.

Tetapi masih ramai yang tidak mampu membeli rumah. Ramai yang juga yang sebenarnya mampu tetapi di sebabkan beberapa faktor, mereka terlepas untuk membeli rumah seawal mungkin apabila telah mampu. Ini merupakan satu kerugian kerana harga rumah semakin lama semakin naik. Kalau boleh beli seawal mungkin setelah berkemampuan atau pun gaji telah mencukupi.

Proses membeli rumah ini melibatkan banyak proses tetapi tak perlu bimbang kerana ada kita akan upah peguam hartanah yang kita boleh rujuk. Itu semua adalah kerja mereka kerana kita yang mengupah mereka di dalam perjanjian beli rumah atau hartanah kelak.

tip beli rumah pertama


Tip untuk membeli rumah pertama yang sepatutnya anda tahu


1. Semak kemampuan kewangan anda - anda kena tahu kemampuan kewangan anda jika hendak membeli rumah. Caranya pergi ke bank, jumpa pegawai dalam hal loan rumah dan tanya dia berapa maksimun harga rumah yang anda mampu beli dengan gaji anda sekarang. Ataupun jika dah kahwin, campur gaji kedua-dua isteri dan suami. Lepas tu baru boleh cari rumah.

2. Proses memcari rumah sesuai - buat survey secara online dan melawat tapak-tapak pembinaan. Pilih lokasi yang anda suka seperti dekat dengan tempat kerja sebab banyak benda boleh dijimatkan seperti kos petrol kereta dan juga masa perjalanan. Selain itu dapat lebih masa berada di rumah dengan keluarga. Banyak kelebihannya tu. Selain itu dapat juga membantu memberikan motivasi untuk pergi kerja.

Bacaan: Rahsia ejen hartanah di dedah!

3. Lawat bakal rumah yang anda nak beli - cuba tengok kedudukan matahari arah mana. Tengok bentuk muka bumi - tempat yang berbukit ke atau lembah. Ini semua kalau tengok di peta je tak nampak. Cuba tengok juga, ada kawasan lapang tak sekitar rumah anda. Maksud saya tanah kosong. Kalau ada jangan suka dulu la sebab kat situ mungkin ada projek lain di kemudian hari.

4. Beli dengan pemaju berkaliber - ini untuk mengelakkan rumah lambat siap atau terbengkalai. Kalau jadi, naya  sebab loan bank masih kena bayar seperti biasa.

5. Jangan takut untuk membeli - jika rasa rumah tu anda dah suka tetapi harga tinggi, jangan takut. Selagi anda mampu bayara, belilah sebab kalau anda tak nak, nanti boleh buat pelaburan hartanah jual atau sewakan.

Itu dia tip untuk membeli rumah pertama. Lokasi rumah sangat penting kerana sekali beli, dah tentu nak tinggal lama kat situ kan.



Terima kasih kerana membaca Tip untuk membeli rumah pertama dengan segera!. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



6 Komen:

  1. Bgus tip ni..kena g tnya org bank la gini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika dah ready nak beli rumah, elok lah jumpa pihak bank. Mereka dah biasa org dtg tanya pasal benda ni. Bukan benda yang pelik tuan.

      Padam
  2. Memang MV dulu masa membeli rumah pertama tak tengok pun pemaju siapa, hanya tahu PKNS saja...namun bila ada peluang beli rumah kedua memang selidik habis dari siapa developer sampai la kawasan mana ia dibina

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhh, dah ada rumah kedua. Tahniah, rumah pertama buat sewa kan.

      Padam
  3. Wow That's Great Article It is very helpful. Thanks for share it.

    BalasPadam
  4. Adakah saran berapa persen (peratus) isi tabungan yang boleh dikeluarkan untuk membayar uang muka (down payment) kredit rumah?

    BalasPadam