Home » , » Komisen affiliate ashadee.com terakhir 2015

Komisen affiliate ashadee.com terakhir 2015

Telah berlegar-legar di kalangan blogger yang buat duit dengan affiliate ashadee tentang penutupan ashadee. Sepenuhnya penutupan ashadee pada bulan march 2016 merupakan satu hentakan yang kuat kepada penjana duit secara online terutama dengan ashadee kerana ashadee merupakan pelopor atau top affiliate di Malaysia ( betulkan jika saya silap ).

Dengan penutupan ashadee ni, ramai yang tercari-cari peluang untuk buat duit dengan affiliate dalam bentuk menjual produk informasi seperti ebook. Dalam ashadee terdapat banyak kategori ebook yang boleh anda pilih dan di tulis oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang tersebut.


Komisen affiliate ashadee terakhir 2015?

jana duit dengan affiliate

Dengan berita ini, kita ada dua pilihan samada:

1. nak promosikan kau-kau produk ashadee sebelum penutupannya dengan harapan banyak sale di jana dan komisen yang diperolehi meningkat.

2. terus beralih ke penyedia affiliate yang lain seperti klikjer.com ( salah satu penyedia affiliate yang kedua selepas ashadee di Malaysia ( bagi saya ).

Ini merupakan satu peluang keemasan untuk klikjer melangkah lebih jauh dan menyediakan platform yang lebih mesra pengguna. Dengan perpindahan ramai-ramai penjana duit online ke klikjer.com buat masa ini, akan meningkat lagi persaingan di dana.

Selain itu, kita boleh juga fokuskan ke jobdirumah ( sebuah portal untuk buat duit dari rumah ) di mana komisennya tidaklah menyecewakan.

Paling tidakpun, join lah contest review yang sentiasa di buat oleh blogger.

Buat masa ini, saya pun akan lebih menumpu ke sana dan sudah tentulah banyak kerja rumah kena buat untuk bersaing dengan entri atau review yang telah di rank oleh google.

Jom kita teruskan usaha, jangan putus asa untuk buat duit secara online secara part time atau full time.



Terima kasih kerana membaca Komisen affiliate ashadee.com terakhir 2015. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



8 Komen: